ASEAN 2025: Presiden Prabowo Gesa ASEAN Perlu Lebih Teguh Hadapi Cabaran Global

Presiden Indonesia Prabowo Subianto menegaskan bahawa ASEAN perlu menjadi sebuah blok serantau yang lebih kuat dan lebih bersatu dalam menghadapi ketidaktentuan situasi global ketika ini. Foto ASEAN

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Presiden Indonesia Prabowo Subianto menegaskan bahawa ASEAN perlu menjadi sebuah blok serantau yang lebih kuat dan lebih bersatu dalam menghadapi ketidaktentuan situasi global ketika ini.

Beliau turut menggesa semua negara anggota supaya memperkukuh kerjasama serantau dalam kalangan negara-negara anggota mendepani cabaran perubahan iklim, teknologi dan sosial.

“ASEAN harus lebih kuat, lebih padu. Situasi tidak menentu, jadi kita harus bekerjasama dengan lebih baik lagi,” katanya kepada stesen televisyen tempatan selepas menghadiri Majlis Menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan pemimpin negara ASEAN termasuk yang menghadiri Sidang Kemuncak ke-46 ASEAN di Kuala Lumpur pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ini merupakan penampilan kali pertama Prabowo selaku ketua negara dalam perhimpuan serantau itu sejak memegang jawatan Presiden Indonesia pada Oktober tahun lepas.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penandatanganan Deklarasi Kuala Lumpur sebagai detik paling penting dalam perjalanan integrasi rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir bersama pemimpin ASEAN pada Majlis Menandatangani Deklarasi ‘ASEAN 2045 : Our Shared Future’ sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata masa depan ASEAN mesti bergantung kepada “asas kemampanan dan keterangkuman”, dan integrasi serantau perlu benar-benar berpaksikan rakyat.

Deklarasi itu yang diperakui semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, melambangkan komitmen kukuh ASEAN untuk membina komuniti serantau yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berpaksikan rakyat menjelang 2045.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir bersama pemimpin ASEAN pada Majlis Menandatangani Deklarasi ‘ASEAN 2045 : Our Shared Future’ sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Visi baharu itu akan menggantikan Visi ASEAN 2025, yang telah diterima pakai sejak 2015.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *