PM Anwar Lawat Bazar Ramadan Desa Ilmu Samarahan

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan di Desa Ilmu Kota Samarahan sempena lawatan kerja sehari ke Sarawak. Foto RTM
KOTA SAMARAHAN, 30 Mac – Dalam lawatan kerja ke Sarawak hari ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan di Desa Ilmu Kota Samarahan.
Beliau tiba di tapak bazar pada pukul 5.25 petang tadi diiringi Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Dato’ Seri Anwar bersama rombongan yang disertai Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek disambut penuh meriah oleh peniaga dan pengunjung di tapak bazar terbabit.
Beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit beramah-mesra bersama dengan kira-kira lebih 300 peniaga dan ribuan pengunjung bazar yang turut teruja menerima kehadiran pemimpin nombor satu negara itu.

Antara juadah yang menarik perhatian beliau adalah kuih-muih tradisional Sarawak, kerang bakar, sotong panggang dan juga makanan yang jarang-jarang ditemui di negeri ini antaranya Panipuri dan pasembor.
Wartawan: Debbie Amanda
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
