Kerajaan Pusat, Negeri Kerjasama Bangunkan Institut Kanser Sarawak – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar sebelum mengadakan perbincangan serta mendengar taklimat pembangunan di Pejabat Pengairan dan Saliran Kota Samarahan hari ini. Foto Bernama

KOTA SAMARAHAN, 30 Mac – Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan Sarawak untuk membangunkan pusat perubatan baharu iaitu Institut Kanser Sarawak di negeri ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi kerjasama itu, kerajaan Sarawak dicadang memulakan projek pembinaannya dan selepas itu Kerajaan Persekutuan akan menampung kos pembinaan seterusnya.

Menurutnya, apabila kaedah kerjasama itu dipersetujui kerajaan Sarawak, projek berkenaan akan dilaksanakan dengan segera.

Usai mesyuarat itu Perdana Menteri bersama lebih 2,000 orang membanjiri pekarangan Masjid Al-Mutaqqin, di sini, hari ini untuk berbuka puasa pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar sebelum mengadakan perbincangan serta mendengar taklimat pembangunan di Pejabat Pengairan dan Saliran Kota Samarahan hari ini. Foto Bernama

Anwar tiba di masjid berkenaan jam 6 petang diiringi Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Selain itu, pemimpin kanan kerajaan Sarawak iaitu dua timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah turut hadir.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *