PM Anwar Lakukan Kunjungan Hormat Ke Atas Yang Dipertua Negeri Sarawak

Wan Junaidi menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) di Astana Negeri Sarawak hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUCHING, 22 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri di sini.

Menurut laman media sosial Perdana Menteri, beliau yang tiba pada 6.30 petang, mengadakan pertemuan dengan Wan Junaidi selama kira-kira 40 minit.

Wan Junaidi (dua dari kiri) menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) di Astana Negeri Sarawak hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ini adalah pertemuan rasmi pertama antara kami sejak Tun Pehin Seri dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Januari lalu.

“Dalam pertemuan ini, kami berbicara seputar perkembangan terkini negara serta aspek pembangunan di Sarawak, selain isu-isu semasa terkait hal ehwal kebajikan rakyat,” ujar Anwar.

Beliau juga dijadual menghadiri Majlis Makan Malam Gawai Dayak peringkat negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *