Tiada Desakan Pemimpin Sabah, Sarawak Minta Dikecuali Subsidi Diesel – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak peringkat negeri Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada 22 Jun 2024. Foto PMO

KUCHING, 22 Jun – Tiada desakan atau tuntutan daripada pemimpin Sabah dan Sarawak untuk meminta dikecualikan daripada penyasaran subsidi diesel, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, menurut beliau, kedua-dua wilayah berkenaan dikecualikan kerana diesel merupakan bahan api utama yang digunakan secara meluas berbanding di Semenanjung.

Ujarnya, keadaan jalan raya di Sabah dan Sarawak memerlukan penduduk menggunakan kenderaan diesel, selain untuk kegunaan bot-bot.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak peringkat negeri Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada 22 Jun 2024. Foto PMO

“Ada hal yang kita boleh cukai pendapatan semua sama, tapi cukai atau penarikan subsidi yang membebankan rakyat terbanyak itu tidak boleh diteruskan, untuk apa?

“Bila kita lakukan ini saya yakin gambaran dan laporan prestasi daya saing lebih baik,” katanya.

Anwar berkata demikian semasa menyampaikan amanat pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2024 peringkat negeri di Pusat Konvenseyen Borneo, di sini, hari ini.

Ujar Perdana Menteri, tujuan pengecualian itu perlu dijelaskan supaya tidak timbul kekeliruan dan menepis kritikan beberapa ahli parlimen di Semenanjung.

Tanbahnya, semua wakil rakyat perlu memahami keperluan negeri-negeri lain.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *