KJ Kena Kecam Dilabel ‘Munafik’ Cuba Tunggang Isu BlackRock

Antara fakta warganet yang mempersoalkan mengapa Khairy sanggup menunggang isu BlackRock sedangkan beliau sendiri dikatakan terbabit.
KUALA LUMPUR, 22 Jun – Setelah cuba ‘menunggang’ isu penjualan kononnya saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin menerima ‘hadiah’ paling bermakna apabila dihentam bertalu-talu di media sosial hari ini.
Menerusi pemantauan di beberapa platform seperti Facebook dan X (dahulu Twitter), Khairy atau KJ seakan ‘pasrah’ dengan kecaman dan sindirian sinis mempertikai perkara yang tidak mempunyai kaitan dengan isu yang ditunggang dalam podcast bersama seorang lagi ahli Umno yang dipecat, Shahril Hamdan.

“Zaman KJ lagi ada benda ni. Jgn nk jadi terpaling suci larrr. Zaman tu pun dh ada genosid ni. Knapa masa tu galak melabur dgn black rock,” tulis Bro MU
Tulis Khairul Affendi pula, “Member sebelah, Indera Mahkota (Saifuddin Abdullah) pun ada meeting dgn Black Rock,” ujarnya di Facebook.
Manakala di X pula, biarpun KJ tidak menghantar pandangannya seakan ‘takut’ dengan kecaman di Facebook namun warganet bingkas menyindirnya dengan sindiran tajam.
“@Khairykj bethol ke ni? Ke sembang kari kambeng? 🤣🤣🤣,” disertai dengan poster mencela bekas ketua pemuda Umno itu.

Seorang lagi pengguna X Abdul Aziz bin Abdullah memberi dua perkara penting buat Khairy: “1. Tinggalkan dulu segala penglibatan anda @Khairykj dgn BlackRock.
2. Jgn jadi bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul. Cukup memualkan.”, tulisnya.
Pada Jumaat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak sikap pembangkang yang lebih dilihat mahu menjadi jaguh politik menghasut rakyat dengan terus memainkan isu penyertaan syarikat asing dikaitkan dengan Israel dalam penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB.
Perdana Menteri menegaskan, kerajaan hingga kini tetap tegas dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan mana-mana syarikat dari Israel supaya beroperasi di negara ini.
Beliau berkata, bagi syarikat asing yang mempunyai kaitan atau kerjasama dengan negara Zionis itu, Malaysia tidak mempunyai keupayaan untuk membatalkan kehadiran mereka kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan ekonomi negara.
“Saya membuat keputusan batalkan kerjasama dengan semua syarikat Israel yang operasi dari Israel. Baik, bagaimana syarikat (asing) yang ada operasi (ibu pejabat) di Amerika Syarikat (AS), Jerman, China, tapi ada kaitan dengan Israel, tiada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkannya.
“Kita runding dulu dengan GIP (Global Infrastructure Partners). Akhir tahun lalu, BlackRock Inc (BlackRock) ambil alih. BlackRock ada operasi ataupun syarikat yang ada kepentingan BlackRock, yang beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, di seluruh negara dan di pasaran saham,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

