PM Anwar Jangka TIC Bintulu Berpotensi Jana RM12 Bilion Kepada KDNK

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bilangan 3/2025 di Putrajaya pada 23 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 23 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Inisiatif Peralihan Kluster Perindustrian (TIC) di Bintulu, Sarawak dijangka berpotensi menyumbang tambahan sebanyak RM12 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Menerusi hantaran di platform X, Perdana Menteri berkata inisiatif tersebut juga dijangka mewujudkan 19,000 peluang pekerjaan baharu serta mengurangkan sebanyak 21.35 juta tan pelepasan karbon (carbon emission) menjelang tahun 2040.

“Usaha ini selari dengan aspirasi negeri ke arah karbon sifar dan memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai peneraju industri hijau negara,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bilangan 3/2025 di Putrajaya pada 23 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bilangan 3/2025 di sini pada Isnin.

MED4RIN merupakan wadah penting untuk menilai kemajuan dan menetapkan arah baharu ekonomi digital negara.

Perdana Menteri berkata semasa mesyuarat tersebut beliau tertarik dengan pembentangan terkait hasrat Sarawak membangunkan TIC di Bintulu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bilangan 3/2025 di Putrajaya pada 23 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Justeru, beliau berkata, kerajaan bersetuju mengangkat TIC sebagai agenda nasional memandangkan ia adalah langkah strategik yang menyatukan syarikat dan institusi awam untuk memacu pertumbuhan ekonomi hijau, membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan mengurangkan pelepasan karbon.

Sementara itu, mesyuarat tersebut turut menyentuh mengenai pelaksanaan GovTech Malaysia, termasuk aplikasi MyGOV Malaysia yang berfungsi sebagai gerbang digital tunggal kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bilangan 3/2025 di Putrajaya pada 23 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Melaluinya, rakyat boleh berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan secara dalam talian tanpa perlu menunggu di kaunter.

“Ini adalah bukti kesungguhan Kerajaan untuk mendekatkan perkhidmatan kepada rakyat secara mudah, cekap dan telus,” kata beliau.

Semasa mesyuarat tersebut, Anwar berkata beliau turut menekankan kepentingan peluasan pelaksanaan MyDigital ID ke sektor swasta.

“Kita mesti membina ekosistem digital yang selamat, menyeluruh dan dipercayai bukan hanya dalam urusan kerajaan, tetapi dalam seluruh kehidupan harian rakyat dan aktiviti perniagaan masa depan,” kata beliau.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *