PM Anwar Imbau Kembali Liku-Liku Kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pautan video mengupas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan sidang-sidang berkaitan pada 29 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali liku-liku perjalanan segenap peringkat dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan sidang-sidang berkaitan yang berakhir semalam.

Disifatkan sebagai persidangan paling substantif dalam sejarah ASEAN, Perdana Menteri berkata, ia bukan sahaja berjaya dari segi perbincangan, malah kenyataan bersama yang kukuh dan bermakna.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengupas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan sidang-sidang berkaitan pada 29 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045 turut dimasyhurkan, melambangkan keupayaan Malaysia merencana pelan strategik 20 tahun ke hadapan bagi rantau ini pasca-2025.

“Kita juga mencatat kemajuan besar dalam ekonomi digital, pelaburan hijau, keterangkuman sosial serta kerjasama serantau yang lebih tersusun bersama GCC dan China,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengupas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan sidang-sidang berkaitan pada 29 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sambil berkongsi beberapa infografik menarik dalam hantaran itu, Anwar yang juga Pengerusi ASEAN 2025 menjelaskan, ASEAN kini tampil lebih bersatu, berpaksikan rakyat dan bersedia melangkah ke hadapan dengan tekad yang segar.

Antara lain, kandungan dalam 11 unit infografik berkenaan menunjukkan bahawa Malaysia memimpin, ASEAN mendengar dan mengupas beberapa isu-isu terkait dengan sidang kemuncak berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengupas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan sidang-sidang berkaitan pada 29 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Infografik itu menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi digital memacu ekonomi ASEAN berkembang sebanyak 4.7%, mengatasi purata dunia, inisiatif ATIGA dimuktamadkan dengan kemajuan dalam Perjanjian Kerangka Ekonomi Digital (DEFA) sekali gus menjadikan ASEAN menjadi perintis global dengan peluncuran jaringan keselamatan bagi kecerdasan buatan (Al).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengupas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan sidang-sidang berkaitan pada 29 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *