Pesta Kaamatan, Hari Gawai Mampu Pacu Perpaduan Persekutuan Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus memastikan sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai memacu perpaduan nasional setiap kali diraikan setiap tahun.

SIBU, 29 Mei – Pesta Kaamatan dan Hari Gawai boleh menjadi pencetus kepada perpaduan nasional dalam kerangka Persekutuan Malaysia selain kekal menjadi perayaan yang menghormati warisan budaya dan adat resam masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Menurut pemerhati politik tempatan, kedua-dua perayaan ini juga merupakan peluang terbaik untuk mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini tanpa meminggirkan mana-mana kelompok atau etnik selaras dengan konsep Malaysia MADANI.

“Meskipun dari rumpun kebudayaan yang berbeza, sebenarnya rakyat Malaysia amat bertuah kerana negara ini terus dikurniakan keamanan dan kemakmuran sepanjang mengharungi pelbagai liku-liku dan cabaran domestik dan global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus memastikan sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai memacu perpaduan nasional setiap kali diraikan setiap tahun.

”Tidak banyak negara bertuah seperti Malaysia kerana pemisahan atas nama kaum atau agama mencetuskan ketidak stabilan yang tidak perlu lantas memusnahkan kepercayaan negara luar terhadap naratif sesebuah negara,” jelas Satu Anchom.

Tambahnya, menerusi pelbagai pendekatan bersasar yang disemarakkan seperti pertunjukan kebudayaan, permainan tradisi dan sebagainya, ia juga mengingatkan masyarakat bahawa adalah penting untuk menjaga keharmonian dan kesatuan negara yang berbilang kaum dan agama.

“Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berlandaskan hak menjamin kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara dengan Semenanjung Malaysia, giat diperkasa.

Malah, gagasan Persekutuan Malaysia terus menjadi keutamaan dan diharap ia terus bergitu tanpa membuat sebarang tindakan provokasi terhadap mana-mana pihak kerana kestabilan merupakan kunci kepada kemakmuran negara,” ujarnya lagi.

Beliau mengulas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan merasmikan sambutan Hari Kaamatan pada 30 Mei ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *