Media Diharap Teruskan Komitmen, Amalan Beretika Sampaikan Maklumat Sahih – Fahmi

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan selamat memyambut Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang diraikan pada 29 Mei setiap tahun. Foto Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR, 29 Mei – Pengamal media diharap meneruskan komitmen dan amalan beretika dalam menyampaikan maklumat sahih kata Datuk Fahmi Fadzil.
Sempena Hari Wartawan Nasional 2025 yang diraikan hari ini, Menteri Komunikasi itu turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengamal media atas jasa dan dedikasi yang tidak ternilai dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
“Ini demi membina sebuah negara yang bermaklumat dan berintegriti,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Antara program yang diketengahkan bagi meraikan para pengamal media adalah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang disambut setiap tahun.
HAWANA memilih tarikh setiap 29 Mei, dengan Majlis Kemuncak Sambutan HAWANA 2025 akan diadakan pada 14 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan merasmikan sambutan berkenaan dengan anggaran kehadiran kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
