PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Seniwati Safiah Ibrahim

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Farhan Fauzi (dua dari kanan) mendengar penerangan Khadijah Ibrahim (kiri) sambil diperhatikan Safiah Ibrahim (kanan) semasa pertemuan di kediaman Safiah pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 OgosPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada Seniwati Negara Safiah atau Sophia Ibrahim, 75, yang dikhabarkan mengalami katarak mata sehingga mengganggu fungsi penglihatan beliau.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakilinya pagi tadi.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Farhan Fauzi (tengah) bergambar bersama Safiah Ibrahim (tiga dari kiri) semasa pertemuan di kediaman Safiah pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Beliau perlu segera menjalani prosedur pembedahan mata bagi mengelak komplikasi yang tidak diingini.

“Justeru, saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban kos perubatan,” katanya.

Perdana Menteri turut berharap pembedahan Safiah, yang berlakon dalam filem Dr Rushdi di samping seniman agung negara iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, berjalan lancar dan lekas diberi kesembuhan.

Yang turut hadir adik Safiah yang juga artis terkenal Khadijah Ibrahim, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) Datuk Freddie Fernandez dan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju Andre Lai.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *