Manfaatkan Potensi Besar Industri Nadir Bumi Negara – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 6 Tahun 2024 di Putrajaya pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 5 Ogos – Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya potensi besar industri nadir bumi (REE) terutamanya daripada sumber tempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 6 Tahun 2024 Anwar menegaskan kerjasama dengan pemain antarabangsa yang memiliki kepakaran perlu didasarkan kepada matlamat akhir membangunkan keseluruhan rantaian industri dalam negara.

“Aktiviti penguatkuasaan juga perlu diperkemas bagi mengelak sumber negara dieksploitasi, yang akan mengurangkan hasil kepada Kerajaan dan merencat pembangunan industri REE negara.

“Mesyuarat juga meneliti cadangan rangka kerja termasuk anjakan besar bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk menjalankan perniagaan, selaras kedudukan semasa negara dalam indeks daya saing global,” kata beliau menerusi hantaran di laman media sosialnya hari ini.

Anwar berkata kerajaan yakin usaha-usaha ini akan dapat meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya memperkukuh asas ekonomi negara.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri berkaitan dengan matlamat memperkasa industri berkenaan serta hal-hal pengukuhan ekonomi negara semasa.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *