PM Anwar Hargai Komitmen UAE Jamin Keselamatan 10 Ribu Rakyat Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Presiden UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan, yang bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa di rantau Timur Tengah pada 6 Mac 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Malaysia menghargai komitmen Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menjamin keselamatan dan kebajikan kira-kira 10,000 rakyat Malaysia yang kini berada di negara itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penghargaan itu dizahirkan Perdana Menteri ketika mengadakan perbualan telefon dengan Presiden UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan yang dikongsikan di media sosial hari ini.

“Kami bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa di rantau Timur Tengah terkait situasi keselamatan serantau susulan konflik yang melibatkan Israel, Amerika Syarikat dan Iran.

https://www.instagram.com/p/DVi4ligE0Nc/?igsh=NDM2bzJyd2todWlh

“Di kesempatan ini juga, saya menyatakan simpati dan sokongan Malaysia kepada UAE yang turut terkesan akibat daripada tindakan balas Iran terhadap serangan Israel bersama Amerika Syarikat.

“Kami senada menzahirkan harapan agar semua pihak mengutamakan pendekatan damai serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan sejagat,” ujar Anwar.

Anwar turut mendoakan semoga Ramadan yang mulia ini memperkukuh kesatuan ummah serta membuka ruang kepada keamanan dan kestabilan yang lebih berkekalan di rantau ini dan dunia keseluruhannya.

Kenyataan media Kedutaan Malaysia di UAE yang disiarkan di Facebook pada 6 Mac 2026.

Maklumat terbaharu menerusi Kedutaan Besar Malaysia di UAE, sedang memohon kerjasama rakyat Malaysia yang berada di negara berkenaan agar mengisi borang yang disediakan sekiranya memerlukan bantuan yang diperlukan.

Borang tersebut boleh diakses menerusi pautan DI SINI.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *