Tangani Cabaran Era Digital, Kerajaan Perhalusi Kerangka Perundangan Komprehensif – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Jenayah Siber di Putrajaya pada 6 Mac 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 6 Mac – Negara perlu mempunyai kerangka perundangan siber yang adil, komprehensif dan mampu menangani cabaran era digital, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menegaskan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Jenayah Siber, yang membincangkan pelbagai aspek teknikal berkaitan undang-undang siber bagi memperkukuh penguatkuasaan secara lebih menyeluruh dan berkesan.

Berkongsi hantaran di media sosial hari ini, Anwar turut menegaskan perkara berkenaan menjadi keutamaan kerajaan terhadap persekitaran siber yang kian berubah dan kompleks.
“Perkara ini amat penting dan wajar diberi perhatian serius, memandangkan persekitaran siber kini merentasi hampir setiap aspek kehidupan, baik pada masa kini mahupun masa hadapan,” ujar Anwar.

Turut hadir, Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
