Larry Sng Dedah Punca Mengapa PBM Petaling Jaya Keluar Parti

Presiden PBM, Larry Sng Wei Shien menjelaskan situasi isu kononnya 200 ahli bahagian PBM Petaling Jaya bertindak keluar parti pada 20 Mei 2026. Foto Larry Sng Wei Shien

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Larry Sng menjelaskan, beberapa ahli di Selangor mengambil keputusan keluar daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM), hari ini bukan disebabkan prinsip atau perjuangan parti itu.

Mereka berbuat demikian selepas gagal ditawar jawatan dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dijanjikan kepada mereka.

Menerusi penjelasan di Facebook, Presiden PBM itu berkata, ketika beliau mengambil alih kepimpinan PBM Selangor susulan pemergian Zuraida Kamaruddin, pemimpin negeri itu dijemput ke pelbagai acara dan diberikan ‘sedikit pengiktirafan’.

Hantaran Presiden PBM, Larry Sng Wei Shien di Facebook pada 20 Mei 2026.

Zuraida, yang juga bekas naib presiden KEADILAN menyertai PBM pada Mei 2022, namun dipecat pada Disember tahun sama selepas gagal menjawab surat tunjuk sebab.

Sng berkata selepas beliau menyerahkan kepimpinan negeri kepada seorang naib presiden, PBM Selangor gagal memperoleh sokongan lanjut daripada kerajaan negeri Pakatan Harapan walaupun terus bekerjasama dengan mereka.

“Oleh sebab mereka tidak dapat mengembangkan rangkaian dan menghadapi masalah kewangan, mereka memutuskan untuk mencari peluang yang lebih baik,” katanya.

Episod pengkhianatan Langkah Sheraton dikepalai Azmin Ali yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH1.0 kini cuba diulangi enam tahun kemudian menerusi Rafizi Ramli seakan tidak pernah belajar erti khianat mandat rakyat.

Beliau mengulas laporan peletakan jawatan beramai-ramai PBM Bahagian Petaling Jaya hari ini yang diketuai Danish Firas.

Danis, yang sebelum ini mengetuai PBM Petaling Jaya, berkata keputusan ahli bahagian itu keluar parti tiada kaitan dengan Sng. Beliau turut mendakwa bahagian itu mempunyai 200 ahli.

Bagaimanapun, Sng berkata PBM hanya mempunyai 488 ahli berdaftar di tujuh bahagian di Selangor, dengan hanya 14 ahli di Petaling Jaya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *