PM Anwar, Dr Wan Azizah Ucap Takziah Kepada Premier Sarawak

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pemergian isteri beliau, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang pads 24 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pemergian isteri beliau, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang, awal pagi ini.

Menerusi hantaran Facebook, Perdana Menteri berkata beliau serta isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berdukacita menerima khabar pemergian Allahyarhamah.

“Seluruh ingatan kami pada keluarga Allahyarhamah, terutama buat Abang Jo (Abang Johari) yang baru saya temui semalam. Moga terus sabar dan tabah menerima ujian ini. Al-Fatihah,” ujar Anwar.

https://www.facebook.com/share/p/19HbtdhgME/?mibextid=wwXIfr

Perdana Menteri turut mendoakan agar roh Allahyarhamah diampunkan segala dosanya dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi Allah SWT.

Juma’ani, 76, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching pada jam 3.34 pagi.

Allahyarhamah merupakan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak kedua Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.

Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek Negeri pada 10 pagi hingga 12 tengah hari ini, sebelum pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, Kuching.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *