Kemerdekaan Dan Kedaulatan Negara Perlu Sentiasa Dihargai, Dihormati – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Dataran Tiananmen pada 8.30 pagi disambut oleh Presiden China Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan.

BEIJING, 3 Sep – Perarakan Kemenangan memperingati 80 tahun tamatnya Perang Dunia Kedua anjuran kerajaan China menjadi peringatan tepat pada masanya bahawa kedaulatan negara mesti dipertahankan dan dilindungi pada setiap masa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu semakin penting dalam lanskap geopolitik masa kini yang terus bergolak dengan sistem antarabangsa semakin terjejas serta tidak stabil.

Beliau menegaskan, pembunuhan beramai-ramai di Gaza oleh rejim Israel yang terus melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin tanpa dikenakan tindakan adalah contoh nyata.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Dataran Tiananmen pada 8.30 pagi disambut oleh Presiden China Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan.

“Bagi saya, sambutan itu peringatan bahawa sesebuah negara harus bebas, merdeka dan berdaulat. Negara mesti dihormati kebebasannya.

“Pengalaman menyambut kedamaian serta penyelesaian selepas Perang Dunia Kedua, cara China bangkit menentang keganasan dan penjajahan, menjadi pengajaran kepada masyarakat kini, terutama di rantau kita,” katanya kepada media Malaysia pada sidang media sempena tamat lawatan kerjanya ke Beijing dan Tianjin, minggu ini.

Anwar adalah antara pemimpin asing yang dijemput Presiden China Xi Jinping menghadiri perarakan peringatan itu di Dataran Tiananmen pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Dataran Tiananmen pada 8.30 pagi disambut oleh Presiden China Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan.

Mengenai penyertaannya dalam Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) Plus 2025 di Tianjin, Anwar berkata, meskipun Malaysia bukan anggota SCO, beliau dijemput Xi selaku Pengerusi ASEAN untuk hadir sebagai tetamu khas dan berkongsi pandangan mengenai isu global semasa.

“Jadi kita manfaatkan peluang ini untuk hadir dan beri pandangan,” katanya.

Anwar turut menekankan kegagalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan mandatnya dalam menyelesaikan krisis utama dunia sehingga menjejaskan lagi pengaruh global badan itu, sesuatu yang turut diakui Setiausaha Agungnya Antonio Guterres yang turut hadir pada persidangan berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan mewakili Malaysia pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) Plus di Tianjin, China pada 1 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri juga mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin dunia di sela-sela Sidang Kemuncak SCO, antaranya Pemangku Presiden Myanmar Min Aung Hlaing yang membincangkan serta meneliti proses damai negara itu menjelang lawatan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan hujung bulan ini.

Pertemuan dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly pula menumpukan kepada isu Gaza susulan kekejaman berterusan rejim Zionis.

“Saya tanya perkembangan semasa di Gaza. Ramai juga pemimpin yang hadir (di persidangan itu) bangkitkan isu kezaliman berterusan di Gaza dan penderitaan rakyat Palestin,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media sempena tamat lawatan kerjanya ke Beijing dan Tianjin dari 31 Ogos hingga 3 September 2025. Foto Bernama

Anwar turut bertemu Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli bagi membincangkan kerjasama meningkatkan perdagangan serta pelaburan dua hala.

Beliau dijadual berlepas pulang ke tanah air tengah hari ini, selepas menghadiri Perarakan Kemenangan dan jamuan rasmi yang dianjurkan Presiden China.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *