Lesen Kasino Forest City: PM Anwar Nafi Laporan Bloomberg

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media selepas menghadiri majlis MADANI Muhibbah Aidilfitri di Putrajaya.
PUTRAJAYA, 25 Apr – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan media yang mendakwa bahawa kerajaan kononnya dalam perbincangan awal untuk mengeluarkan lesen kasino di Forest City, Johor.
“Tiada…mereka bangkit (berkenaan) lesen kasino…itu tipu,” katanya ketika ditemui pada majlis MADANI Muhibbah Aidilfitri.
Beliau mengulas sama ada Malaysia akan mempertimbangkan pengeluarkan lesen kasino kedua untuk pembangunan di Forest City.
Ironinya, dakwaan berkenaan tidak membuktikan apa-apa dokumen atau perjanjian malah kerajaan telah pun mengurangkan cabutan judi ekor daripada 22 semasa pemerintahan Perikatan Nasional (PN) kepada hanya lapan ketika ini.

Terdahulu, portal perniagaan Bloomberg melaporkan Anwar kononnya bertemu dengan pengasas Berjaya Vincent Tan dan Lim Kok Thay dari Genting Group untuk membincangkan perkara itu.
Memetik sumber, Bloomberg melaporkan kewujudkan kasino itu akan memulihkan projek hartanah bernilai USD100 bilion di kawasan itu.
Beberapa pemimpin pembangkang kini cuba menuduh kerajaan tanpa sebarang asas ekoran laporan tidak bertanggungjawab portal itu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
