PM Anwar Doakan Abdul Hadi Diberi Kesihatan Berterusan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) mendoakan kesihatan berpanjangan buat Abdul Hadi yang menjalani prosedur rawatan di IJN.

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Biarpun berbeza wadah politik, namun ia tidak menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan berterusan buat Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menerusi hantaran di aplikasi X pada Rabu, Anwar mendoakan kesihatan Abdul Hadi yang dilaporkan selamat menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Selasa.

“Mendoakan kesihatan yang berterusan buat
Ustaz Hj Hadi, Insya-Allah,” katanya.

Untuk rekod, pada Januari tahun lalu, Abdul Hadi, 77, turut menjalani rawatan juga di IJN selama beberapa hari.

Hantaran di aplikasi X Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendoakan kesihatan berpanjangan buat Presiden Pas pada Rabu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan pernah bergandingan dengan Abdul Hadi dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) sekitar 2008 hingga 2015 dan mencapai beberapa kejayaan dalam siri Pilihan Raya Umum (PRU) ketika itu.

Difahamkan Abdul Hadi berada dalam keadaan stabil dan dinasihatkan untuk tidak menerima pelawat selepas prosedur berkenaan selain dipantau tahap pemulihannya.

Terdahulu anak Abdul Hadi, Dr Muhammad Khalil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, berkata prosedur rawatan dijalani Ahli Parlimen Marang itu berjaya dilaksanakan.

Ketika dihubungi, semalam, Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk bagaimanapun tidak memperincikan bentuk prosedur berkenaan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *