Serangan Berterusan Iran, Kedutaan AS Di Baitulmaqdis Ditutup

Kedutaan AS di Baitulmaqdis ditutup susulan arahan pihak berkuasa Israel serta ketegangan berterusan antara rejim Yahudi itu dengan Iran. Foto Arkib

BAITULMAQDIS, 18 Jun – Ketegangan memuncak antara Israel dan Iran memaksa kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis ditutup bermula Rabu hingga Jumaat serta atas arahan pihak berkuasa Israel.

Dalam satu kenyataan menerusi platform X pada Selasa, Jabatan Negara (State Department) memaklumkan, penutupan itu turut melibatkan semua urusan konsular di Baitulmaqdis dan Tel Aviv.

Penutupan sementara itu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga susulan ketegangan yang semakin meningkat di wilayah berkenaan.

Bulan lalu, satu perarakan besar di Baitulmaqdis bagi memperingati penguasaan Israel ke atas timur kota itu pada perang 1967 bertukar huru-hara apabila pelampau haram Yahudi menyerang penduduk Palestin.

Perarakan tahunan yang dikenali sebagai ‘Flag March’ itu menarik puluhan ribu peserta yang melaungkan slogan dan mengibarkan bendera Israel.

Baitulmaqdis turut menyaksikan peningkatan serangan oleh peneroka haram Yahudi ke atas penduduk Palestin.

Terdahulu berpuluh rakyat Israel terbunuh dalam serangan berterusan Tehran di beberapa kawasan antaranya Bet Laham dan Kementerian Perang Israel di Tel Aviv.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *