PM Anwar Dijangka Hadir Rumah Terbuka Deepavali 18 Oktober

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual hadir pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2025 di KL Sentral pada 18 Oktober 2025.

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI Peringkat Kebangsaan 2025 yang akan diadakan di Lot F, KL Sentral, di sini pada 18 Oktober ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata majlis berkenaan akan berlangsung dari 10 pagi hingga 2 petang dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan sambutan Deepavali dalam suasana muhibah serta penuh keharmonian.

“Majlis ini ialah peluang untuk kita semua menyambut Deepavali sebagai satu keluarga besar Malaysia MADANI. Jadi, saya mengundang seluruh rakyat Malaysia untuk hadir bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Deepavali MADANI tahun ini,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual hadir pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2025 di KL Sentral pada 18 Oktober 2025.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri Forum Menteri: Kesan Kecerdasan Buatan terhadap Tenaga Kerja Masa Hadapan bersempena dengan International Young Future Leaders Summit (iFuture) 2025 yang turut menampilkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Gobind berkata kehadiran Perdana Menteri akan menyerikan lagi acara berkenaan yang diadakan sebagai simbol perpaduan dan keterangkuman masyarakat majmuk di negara ini.

Perayaan Deepavali akan disambut pada 20 Oktober.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *