Kemalangan Maut Babit Tiga Diplomat Qatar Cetus Spekulasi

Berita meria tempatan Mesir yang melaporkan tiga pegawai diplomatik Qatar terbunuh dalam kemalangan jalan raya kira-kira 50 kilometer dari Sharm El-Sheikh pada 11 Oktober 2025.
KAHERAH, 12 Okt – Laporan tiga diplomat Qatar terbunuh, manakala dua cedera dalam satu kemalangan kereta berhampiran bandar peranginan Sharm el-Sheikh, Mesir, menurut kedutaan negara Teluk itu, mencetuskan spekulasi baharu hari ini.
Ini berikutan laporan palsu daripada media rejim bahawa mereka yang terbunuh kononnya adalah pengawal peribadi sedangkan faktanya ialah tiga wakil pengantara Qatar yang terbabit dalam nahas mencurigakan itu.
Diplomat dan delegasi rasmi berada di bandar di tepi Laut Merah itu dalam beberapa hari kebelakangan ini untuk rundingan gencatan senjata Gaza dan perjanjian pembebasan tebusan menjelang ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump esok.

Media berkaitan kerajaan Mesir, Al-Qahera News berkata, lima warga Qatar dan seorang pemandu Mesir berada di dalam kenderaan itu apabila ia terbabas akibat dikatakan ‘hilang kawalan’.
Kedutaan Qatar di Kaherah menyatakan kesedihan yang mendalam atas kematian tiga diplomat itu.
“Mangsa yang terbunuh dan cedera akan dipindahkan ke Doha dengan pesawat Qatar hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.
“Kedua-dua yang cedera kini menerima rawatan perubatan yang diperlukan di Hospital Antarabangsa Sharm El Sheikh,” tambahnya.
Qatar bersama rakan pengantara Mesir dan Amerika Syarikat (AS), terlibat dalam rundingan berbulan-bulan yang membawa kepada gencatan senjata Gaza yang menurut Israel, berkuat kuasa pada pukul 9 pagi (waktu tempatan) kelmarin.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
