PM Anwar Dianugerahkan Grand Collar Of The Order Of Timor-Leste

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) bergambar bersama Presiden Timor-Leste, Dr. José Manuel Ramos-Horta (dua, kiri) dan Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão (kanan) selepas menerima Anugerah Tertinggi ‘Grand Collar of the Order of Timor-Leste’ di Dewan ASEAN Timor-Leste di Istana Presiden pada 24 September 2025. Foto Bernama

DILI, 24 Sep – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Grand Collar of the Order of Timor-Leste, anugerah tertinggi negara itu sebagai pengiktirafan terhadap bantuan beliau dan peranan Malaysia selama ini dalam menyokong aspirasi Timor-Leste untuk menyertai ASEAN, khususnya selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Anugerah berkenaan disampaikan Presiden Dr José Ramos-Horta kepada Anwar selepas beliau menyampaikan Syarahan Presiden bertajuk “ASEAN & Peranan Timor-Leste” di Istana Presiden di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Anugerah Tertinggi ‘Grand Collar of the Order of Timor-Leste’ daripada Presiden Dr. José Ramos-Horta di Dewan ASEAN Timor-Leste di Istana Presiden pada 24 September 2025.

“Bagi pihak rakyat Malaysia, saya dengan penuh rasa rendah diri menerima (anugerah) ini dan mengucapkan terima kasih atas penghargaan tertinggi dan paling berprestij daripada Timor-Leste,” kata Anwar.

Anugerah itu diberikan kepada individu yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada negara dan sumbangan signifikan terhadap pembangunan antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Anugerah Tertinggi ‘Grand Collar of the Order of Timor-Leste’ daripada Presiden Dr. José Ramos-Horta di Dewan ASEAN Timor-Leste di Istana Presiden pada 24 September 2025.

Penerima sebelum ini termasuk pemimpin antarabangsa seperti Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, dianugerakan kerana memainkan peranan penting dalam memperkukuh kedudukan diplomatik dan pembangunan Timor-Leste.

Rakyat Malaysia berbangga seorang pemimpin negara menerima pengiktirafan kerajaan asing di atas daya usaha dan kepimpinan luar biasa seperti proses keamanan di Thailand dan Kemboja.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *