PM Anwar Dedah ‘Rahsia’ Malaysia Mampu Jadi Hab Semikonduktor Serantau

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan bangunan baharu X-Fab Sarawak pada 12 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUCHING, 12 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kejayaan sektor semikonduktor negara membolehkan negara menjadi hab serantau hasil sokongan dasar kerajaan, infrastruktur moden serta keyakinan pelabur asing terhadap potensi negara.

Menurut Perdana Menteri, sektor berkenaan tidak hanya bergantung kepada jumlah pelaburan, sebaliknya ditentukan oleh kualiti tenaga kerja berkemahiran tinggi serta sinergi berterusan antara pengurusan universiti dan keupayaan industri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan bangunan baharu X-Fab Sarawak pada 12 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Industri bernilai tinggi itu bukan sahaja membawa masuk pelaburan berbilion ringgit ke Sarawak, malah membuka ruang besar dalam pembangunan teknologi automasi dan kecerdasan buatan (AI) yang menjadi tunjang kepada sektor fabrikasi semikonduktor masa depan.

“Ekosistem yang disebut tadi bermaksud tenaga kerja yang tepat dan ini cabaran besar. Apabila kita bertemu pihak industri semikonduktor, mereka sering berkata kita mempunyai tenaga kerja berdisiplin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan bangunan baharu X-Fab Sarawak pada 12 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Namun begitu, kita perlu teruskan sinergi antara industri ini dan universiti supaya universiti beralih daripada latihan akademik tradisional kepada penggunaan pengalaman serta kepakaran industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bangunan Baharu X-Fab Sarawak di sini, hari ini yang turut dihadiri pemain industri berkenaan di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan bangunan baharu X-Fab Sarawak pada 12 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar menegaskan, penggunaan teknologi tinggi termasuk automasi dan AI kini menjadi faktor penentu daya saing dalam industri semikonduktor global.

Katanya, sokongan padu kerajaan Persekutuan dan Sarawak melalui strategi nasional semikonduktor juga, akan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam pasaran dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan bangunan baharu X-Fab Sarawak pada 12 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, pelaburan baharu bernilai RM3 bilion di Sarawak turut membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap negeri itu sebagai peneraju industri berteknologi tinggi di rantau ini.

Untuk rekod, Malaysia mengeksport semikonduktor bernilai RM387.45 bilion pada 2023 dan dijangka meningkat kepada RM400 bilion tahun lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *