PM Anwar Bertemu PM Srettha Di Tokyo, Nilai Kemajuan Kerjasama Malaysia-Thailand

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbincang dengan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin pada sela-sela Forum Nikkei ke-29 di Tokyo, Jepun pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim
TOKYO, 23 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatan dari Thailand, Srettha Thavisin di Tokyo.
Kedua-dua pemimpin itu hadir atas undangan menghadiri Forum Nikkei ke-29 (Persidangan Nikkei).
Berlangsung pada petang Khamis, Anwar dan Thavisin menilai kemajuan kerjasama dua hala, selain bertukar pandangan isu berkepentingan bersama khususnya ASEAN.

Yang turut menemani Anwar pada pertemuan itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatnya dari Thailand Maris Sangiampongsa.
Pada sebelah malam, Anwar menghadiri majlis makan malam anjuran Forum Nikkei 2024 yang turut dihadiri Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.
Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Tokyo bermula semalam hingga 24 Mei ini.
Pada Jumaat, Anwar dijadual menyampaikan syarahan memperingati cendekiawan pengajian Islam Jepun, Toshihiko Izutsu di Universiti Keio sebelum menyertai sesi dialog bersama Kelab Media Jepun.
Beliau kemudiannya dijangka akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Camii, iaitu masjid terbesar di Tokyo sebelum berlepas pulang ke tanah air.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
