Huawei Puji Anak Muda Malaysia, Berpotensi Untuk Digilap

Delegasi KEADILAN diketuai Naib Presiden Nurul Izzah Anwar mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia Simon Sun di Shenzen, China. Foto Noraini Nordin

SHENZEN, 23 Mei – Syarikat gergasi teknologi China, Huawei memuji Malaysia kerana mempunyai ramai bakat muda yang boleh diketengahkan dalam mengharungi kepesatan teknologi maklumat yang sentiasa berkembang.

Dalam hubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Simon Sun berkata, pihaknya sedia menawarkan program latihan kepada pelajar-pelajar institut pengajian tinggi Malaysia bagi memastikan bakat-bakat tersebut terjamin manfaatnya.

Menurut beliau, Huawei terlibat dalam pelbagai bidang teknologi yang berguna dalam persekitaran kehidupan semasa.

Delegasi KEADILAN diketuai Naib Presiden Nurul Izzah Anwar mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia Simon Sun di Shenzen, China. Foto Noraini Nordin

Jelas beliau lagi, antara lain Huawei menyediakan perkhidmatan pemetaan secara langsung (live mapping) melalui pusat operasi mereka untuk merungkai serta memberi gambaran menyeluruh tentang situasi di dalam bandar.

Kata beliau di Bandaraya Shenzen ini, pusat operasi itu dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Shenzen.

“Sistem ini mampu memantau persekitaran yang berlaku di Shenzen, termasuk trafik, perkhidmatan kecemasan, pembangunan baru, kegendalaan infrastruktur dan sebagainya melalui skrin papan pemuka yang memperincikan segala data berkaitan dengan bandaraya tersebut,” katanya .

Beliau memberi pencerahan itu sewaktu memberi taklimat kepada delegasi Parti KEADILAN Rakyat yang melakukan Lawatan Rasmi ke Republik Rakyat China Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China.

Delegasi KEADILAN diketuai oleh Naib Presiden parti, Nurul Izzah Anwar.

SEKTOR KESIHATAN MELALUI TEKNOLOGI

Simon juga berkata, Huawei juga menyediakan perkhidmatan dalam sektor kesihatan melalui teknologi AI (kecerdasan buatan) bagi meningkatkan keberkesanan setiap hospital di Shenzen.

Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia Simon Sun di Shenzen, China sambil melawat beberapa kemudahan di sana. Foto Noraini Nordin

“Sistem tersebut mampu mengagihkan pesakit dan pegawai perubatan bagi mengimbangkan kapasiti setiap institusi kesihatan mengikut kawasan dan kepakaran.

“Dalam sektor pengangkutan pula, Huawei mereformasikan sistem rangkaian jalanraya dan keretapi untuk memastikan keadaan trafik sentiasa terkawal serta keselamatan terjaga.

“Huawei turut memperkenalkan sistem galian petroleum dan gas, serta perlombongan mineral yang lebih efisyen di samping penggunaan sistem rangkaian robot bagi tugas-tugas tertentu yang membahayakan seperti pengoperasian mesin berat dan pengeboman bawah tanah.

“Ini sekaligus dapat memastikan kerja-kerja 3D (dangerous, dirty, difficult) dapat dikendalikan oleh robot dan kecerdasan buatan secara lebih berkesan,” katanya.

Meski begitu, menurut beliau, pekerja-pekerja sedia ada masih mengekalkan pekerjaan masing-masing, malah diberi tugas yang lebih selesa sebagai penyelia di pusat-pusat operasi yang ditubuhkan.

“Misalnya, pekerja yang dahulunya merupakan pelombong, kini sudah beralih dengan mengoperasi sistem kawalan jarak jauh untuk robot-robot,” katanya.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata, pihaknya menyambut baik Huawei Malaysia untuk menawarkan kursus latihan kepada pelajar dan pekerja Malaysia bagi tujuan peningkatan ilmu dan kemahiran mereka.

Delegasi KEADILAN diketuai Naib Presiden Nurul Izzah Anwar mengabadikan kenangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia Simon Sun dan pegawainya di Shenzen, China. Foto Noraini Nordin

KEADILAN juga, katanya turut mengalu-alukan kewujudan bengkel dua hala bagi memperkasakan kerjasama antara kerajaan dengan Huawei Malaysia.

Katanya, Malaysia perlu keluar daripada ‘perangkap’ pendapatan pertengahan dengan cara mewujudkan sistem latihan bakat yang teratur dan holistik, bahkan percaya hanya dengan memiliki kemahiran barulah pendapatan tinggi boleh diperolehi.

Jelas Nurul Izzah lagi meningkatkan kemahiran serta menjalani latihan semula adalah cara untuk meningkatkan pendapatan.

“Tawaran yang diberi Huawei kepada anak-anak muda mengikuti latihan, khususnya pelajar institut pengajian tinggi adalah bagi memastikan bakat-bakat dapat dipupuk dengan terjamin,” ujar beliau

Nurul izzah turut berkata, sudah sampai masanya Malaysia memerlukan sistem yang berintegrasi supaya pihak berkuasa tempatan dapat menambahbaikkan sistem perkhidmatan kepada rakyat melalui rangkaian data yang lebih menyeluruh.

Untuk rujukan, lawatan delegasi KEADILAN di China yang sudah masuk hari kesembilan amat bermanafaat kepada peserta.

Delegasi berpeluang menimba pelbagai ilmu serta berkongsi pengalaman dengan lancar serta harmoni.

Nurul Izzah selaku penerajui rombongan juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta mampu melunaskan amanah dengan berkesan.

– Oleh Noraini Nordin
(Yang turut bersama dalam Lawatam Rasmi Delegasi KEADILAN ke Republik Rakyat China Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China)


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *