Presiden Petro Arah Buka Kedutaan Colombia Di Palestin

Handout photo released by Colombian Presidency showing President Gustavo Petro (Right) posing with Palestine Ambassador to Colombia, Raouf Almalki, after meeting in Bogota. (Photo by Handout / Colombian Presidency / AFP)

BOGOTA, 23 Mei – Presiden Colombia Gustavo Petro hari ini mengarahkan para pegawai kanan dari kementerian luar agar membuka kedutaan mereka di bandar Ramallah, Tebing Barat secepat mungkin.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar, Luis Gilberto Murillo dalam satu kenyataan rasmi sebagai langkah tambahan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.

Ia susulan keputusan Bogota mengarahkan duta mereka pulang dari Tel Aviv sebagai membantah pembunuhan beramai-ramai rejim pengganas Israel itu di Gaza yang kini mengorbankan lebih 35,800 orang.

Handout photo released by Colombian Presidency showing President Gustavo Petro (Right) posing with Palestine Ambassador to Colombia, Raouf Almalki, after meeting in Bogota. (Photo by Handout / Colombian Presidency / AFP)

Bogota memutuskan hubungan diplomatik secara rasmi dengan rejim pengganas itu pada 2 Mei lalu dan tekanan negara di Amerika Selatan itu mendapat perhatian Jabatan Negara Amerika Syarikat hari berikutnya.

Pembukaan kedutaan negara Latin itu juga setelah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada 3 Ogos 2018 ketika pemerintahan bekas presiden Juan Manuel Santos.

Pada Rabu, tiga buah negara Eropah iaitu Ireland, Sepanyol dan Norway mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara menyebabkan rejim Benjamin Netanyahu berang lalu mengarahkan kesemua dutanya pulang segera.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *