PM Anwar Bakal Umum Kejutan Buat Rakyat Minggu Depan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan khabar baik kepada rakyat minggu depan.
SEBERANG PERAI, 19 Jul – “Saya akan umum dalam masa dekat, mungkin Isnin atau Selasa,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika disoal mengenai ‘kejutan’ buat rakyat Malaysia seperti yang dikongsi menerusi sebuah poster di platform media sosial beliau baru-baru ini.
Menurut Perdana Menteri, kejutan tersebut perlu dimantapkan terlebih dahulu sebelum diumumkan kepada rakyat.
“Biar kita mantapkan dulu perkara tersebut sebelum buat pengumuman besar itu,” katanya pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Bumiputera Tunas MADANI dan Projek Perumahan JKPSB di Dewan Besar, Kampus UiTM Permatang Pauh, sebentar tadi.
Sebelum ini, rakyat jelata dikatakan ‘tidak tidur lena’ sejak Isnin lalu, gara-gara hantaran dimuat naik Anwar bersama barisan kementerian di bawah Kerajaan Madani.
Poster misteri yang bertulis “Akan datang…suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia” telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan harapan di kalangan rakyat.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

