PM Anwar Bakal Rasmi Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan Esok

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan program Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Putrajaya jam 9.30 pagi esok. Foto Facebook LPPKN
PUTRAJAYA, 3 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan merasmikan program Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan yang bakal berlangsung di di Dataran Putrajaya, di sini esok.
Menurut kenyataan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Perdana Menteri dijangka merasmikan sambutan itu kira-kira jam 9.30 pagi bertemakan ‘Keluarga Harmoni, Negara MADANI’.
Acara dimulakan jam 7.30 pagi dengan ‘Family Fun Walk’ dan Zumba Keluarga dan turut bakal menarik perhatian ialah Ekspo Kasih MADANI yang sarat dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga seperti diskaun pakej percutian bersama keluarga serta reruai PDRM dan JPJ.
Pelbagai program disediakan untuk memberi kemudahan dan kefahaman mendalam kepada semua mengenai konsep Malaysia MADANI yang menitikberatkan enam teras pengukuhan hubungan antara keluarga, masyarakat dan negara dalam sambutan selama dua hari hingga Ahad ini.
“Bersama meriahkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada 4 dan 5 November 2023.

“Pelbagai aktiviti menarik, pameran dan gerai Jualan Rahmah menanti anda,” kata kenyataan itu.
Terdahulu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri telah merasmikan Majlis Pentauliahan Skuad Waja Insaniah 2023. Program Skuad Waja ini, memberi tumpuan kepada pelaksanaan inisiatif yang menggunakan kos rendah, berimpak tinggi dan boleh dilakukan secara pantas dalam memperluaskan perlindungan kanak-kanak.
Program ini juga menggalakkan penyertaan dan memperkasakan masyarakat serta komuniti dalam membantu menangani kes kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungandi bawah Seksyen 17, Akta Kanak-kanak 2001 seperti pengabaian, penganiayaan dan penderaan kanak-kanak.
Ahli Skuad Waja Insaniah akan diiktiraf, didaftarkan dan dilatih sebagai Pembantu Pelindung Kanak-Kanak di bawah JKM dengan modul khusus berteraskan kepada keperluan psikososial kanak-kanak.

“Sebagai Pembantu Pelindung Kanak-kanak, ahli Skuad Waja Insaniah bertindak sebagai first-responder untuk membantu pegawai pelindung dalam melaksanakan peranannya untuk memelihara dan melindungi kanak-kanak serta meningkatkan peranan komuniti untuk menangani isu penderaan kanak-kanak,” ujar kenyataan itu.
Seramai 330 peserta Skuad Waja Insaniah di seluruh Malaysia telah diberi latihan melalui kombinasi Modul Skuad Waja 2.0 dan Latihan Pembantu Pelindung Kanak-kanak oleh JKM.
Turut hadir ialah Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyaraka, Datin Izzatul Shima Binti Md Thahir, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita dan pegawai pegawai kanan Kementerian.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
