PM Anwar Arah Selesai Segera Isu Banjir, Bekalan Air Sarawak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri Sarawak di Kompleks Setia Pertiwi, Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

KUCHING, 13 Mac – Pendekatan menyeluruh perlu dilaksanakan bagi menyelesaikan segera isu banjir dan bekalan air di Sarawak demi kesejahteraan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai sebahagian siri pertemuan dengan kerajaan negeri di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di LTAK bagi mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri Sarawak di Kompleks Setia Pertiwi, Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Katanya, pembangunan mampan perlu bermula dengan kesediaan untuk mendengar secara teliti keperluan serta aspirasi setiap negeri.

“Dalam mesyuarat tersebut, kami meneliti pelbagai perkara yang menyentuh kepentingan rakyat Sarawak, termasuk agenda pembangunan, pemerkasaan ekonomi negeri serta usaha memperkukuh kerjasama antara Persekutuan dan negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di LTAK bagi mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri Sarawak di Kompleks Setia Pertiwi, Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

“Saya turut diberi taklimat berkenaan keperluan menyelesaikan masalah banjir dan bekalan air di Sarawak.

“Oleh itu, saya telah meminta KSN dan PETRA melihat pendekatan yang menyeluruh bagi menyelesaikan kedua-dua ini memandangkan hampir keseluruhan projek telah mempunyai peruntukan dan ia mesti diselesaikan sesegera yang mungkin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri Sarawak di Kompleks Setia Pertiwi, Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Tambah Anwar, ia menjadi bukti nyata bahawa dialog terbuka sebegini amat penting sebagai wahana untuk memperkemas serta mencakup keperluan masyarakat di negeri-negeri, ketimbang sekadar memenuhi syarat birokratik semata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri Sarawak di Kompleks Setia Pertiwi, Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

“Saya memaklumkan bahawa pimpinan beberapa negara di rantau Teluk serta pimpinan Iran dan Turkiye telah menghubungi kita untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan konflik semasa.

“Sebagai sebuah negara yang relatifnya tidak besar, kesediaan mereka untuk mendengar pandangan Malaysia merupakan suatu penghormatan kepada negara, dan saya telah menyampaikan beberapa pandangan mewakili Malaysia sambil menegaskan kepentingan meredakan ketegangan demi keamanan sejagat,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri Sarawak di Kompleks Setia Pertiwi, Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *