Peniaga, Pengunjung Bazar Ramadan Teruja Kehadiran PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam Majlis Tinjauan Bazar Ramadan Taman Sukma Ria, Petra Jaya bersama Premier Datuk Abang Johari Tun Openg dan TPM Datuk Seri Fadillah Yusof pada 13 Mac 2026. Foto Bernama

KUCHING, 13 Mac – Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan di Taman Sukma Ria, Petra Jaya, di sini, hari ini, nyata menarik keterujaan penduduk setempat dan masyarakat sekitar Petra Jaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam Majlis Tinjauan Bazar Ramadan Taman Sukma Ria, Petra Jaya bersama Premier Datuk Abang Johari Tun Openg dan TPM Datuk Seri Fadillah Yusof pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Tiba kira-kira 5.30 petang setelah menghadiri Mesyuarat Pembangunan Negeri Sarawak di Kompleks Setia Pertiwi, Anwar diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof meninjau suasana dan persekitaran bazar yang menempatkan kira-kira 101 gerai menjual pelbagai juadah berbuka puasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam Majlis Tinjauan Bazar Ramadan Taman Sukma Ria, Petra Jaya bersama Premier Datuk Abang Johari Tun Openg dan TPM Datuk Seri Fadillah Yusof pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Turut hadir Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta para pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam tinjauan kira-kira 20 minit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam Majlis Tinjauan Bazar Ramadan Taman Sukma Ria, Petra Jaya bersama Premier Datuk Abang Johari Tun Openg dan TPM Datuk Seri Fadillah Yusof pada 13 Mac 2026. Foto PMO

”Banyak juadah lazat yang ditawarkan antaranya seperti umai, bongkol dan sambal ikan masin. Saya turut bertegur sapa dengan warga setempat terutamanya para peniaga dan pengunjung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam Majlis Tinjauan Bazar Ramadan Taman Sukma Ria, Petra Jaya bersama Premier Datuk Abang Johari Tun Openg dan TPM Datuk Seri Fadillah Yusof pada 13 Mac 2026. Foto PMO

“Kecekalan para peniaga yang terus berusaha menggerakkan ekonomi kecil-kecilan inilah yang menjadi nadi penting ekosistem ekonomi rakyat, dan kerajaan akan terus berikhtiar memperkukuh dukungan agar mereka berdaya tahan dan berkembang,” ujar Anwar menerusi hantaran di media sosial.

Pengunjung, Syaiful Daniel Ibrahim, 30, pula menyifatkan lawatan pemimpin nombor satu negara itu membuktikan keprihatinannya terhadap situasi rakyat pada peringkat akar umbi khususnya golongan peniaga kecil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam Majlis Tinjauan Bazar Ramadan Taman Sukma Ria, Petra Jaya bersama Premier Datuk Abang Johari Tun Openg dan TPM Datuk Seri Fadillah Yusof pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Ahmad Haziq Raduan, pula berkata jumlah pengunjung meningkat berbanding beberapa hari sebelum ini.

“Mungkin orang ramai mengetahui lawatan Perdana Menteri ke sini, itu yang menjadi tarikan kerana mereka ingin melihat, bersua dengan beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam Majlis Tinjauan Bazar Ramadan Taman Sukma Ria, Petra Jaya bersama Premier Datuk Abang Johari Tun Openg dan TPM Datuk Seri Fadillah Yusof pada 13 Mac 2026. Foto PMO

“Syukur, hasil jualan saya turut meningkat hari ini dan harapan kami setiap hari menjelang Aidilfitri ini lebih ramai pemimpin besar datang berkunjung kerana kehadiran mereka akan menarik pengunjung,” katanya.

Peniaga ayam penyet, yang hanya mahu dikenali Dayang Shareena, berkata ketika berkunjung ke gerainya, Perdana Menteri sempat menyantuninya dan menasihatkan supaya memastikan harga jualan tidak membebankan pengguna.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam Majlis Tinjauan Bazar Ramadan Taman Sukma Ria, Petra Jaya bersama Premier Datuk Abang Johari Tun Openg dan TPM Datuk Seri Fadillah Yusof pada 13 Mac 2026. Foto PMO

“Perdana Menteri juga menasihatkan sentiasa mengutamakan kebersihan barang jualan demi keselamatan kesihatan pembeli,” katanya.

Beliau kemudian bergerak ke Masjid Jamek Negeri bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pimpinan Masyarakat Tempatan Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam Majlis Tinjauan Bazar Ramadan Taman Sukma Ria, Petra Jaya bersama Premier Datuk Abang Johari Tun Openg dan TPM Datuk Seri Fadillah Yusof pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Tidak lengkap rasanya buat Perdana Menteri membeli beberapa juadah tempatan yang menarik bagi dibawa dan dihadiahkan kepada para jemaah yang setia menanti sebaik mengetahui keberadaan beliau di negeri ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *