PM Anwar Arah Kabinet Segerakan Tindakan Susulan Hasil Lawatan Ke Australia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Gabenor Jeneral Komanwel Australia, David Hurley AC DSC (Retd) di Government House, Canberra. Foto Instagram Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 8 MacDatuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua Jemaah Menteri supaya mengambil tindakan susulan dan menyegerakan beberapa perkara berkaitan memorandum persefahaman (MoU) dan niat pelaburan susulan lawatan rasminya ke Australia baru-baru ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu disampaikan Perdana Menteri pada mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

Katanya, lawatan Perdana Menteri ke Australia disifatkan amat berjaya kerana bukan sahaja menarik minat pelaburan sebanyak RM24.5 bilion, malah mengembangkan pelaburan sedia ada. hasil pertemuan dengan 20 syarikat negara berkenaan di Melbourne.

“Selain itu, empat MoU dimeterai di Melbourne, ini menunjukkan usaha bertambah baik dan cerah untuk kedua-dua negara dalam hubungan antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Gabenor Jeneral Komanwel Australia, David Hurley AC DSC (Retd) di Government House, Canberra. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Perdana Menteri juga memaklumkan kepada Kabinet mengenai beberapa tindakan susulan perlu diambil sama ada dari segi MoU atau niat pelaburan yang dinyatakan dan ini disampaikan serta menteri berkaitan sedia untuk membantu menyegerakan beberapa perkara,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Anwar mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Australia atas jemputan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese pada 4 hingga 7 Mac bagi memperkukuhkan lagi hubungan antara dua negara, menerusi pelbagai platform dua hala (bilateral) dan pelbagai hala (multilateral).

Dalam rangka lawatan rasmi empat hari itu, Perdana Menteri turut mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Tahunan (ALM) Kedua Malaysia-Australia pada 4 Mac dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia dari 5 hingga 6 Mac di Melbourne.

Fahmi berkata, pada mesyuarat Kabinet hari ini, Perdana Menteri turut memaklumkan mengenai perbincangan yang diadakan bersama negara ASEAN.

“Ini menunjukkan antara lain dengan Thailand, mengenai pelancongan, di Malaysia fokus kita di Langkawi sebagai contoh, ada beberapa perkara Perdana Menteri nyatakan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Datuk Seri Tiong King Sing) untuk diteliti termasuk isu harga, kos sama ada makanan dan sebagainya di Langkawi.

“Ini diberikan penekanan dan Menteri Pelancongan akan susuli,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *