Kabinet Belum Bincang Cari Semula MH370 – Fahmi

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil semasa sidang media mingguan pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

PUTRAJAYA, 8 MacIsu pencarian semula pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sedekad lalu, tidak dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Katanya, bagaimanapun beliau percaya isu berkenaan akan dibawa oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pada mesyuarat akan datang.

“Belum lagi dibawa maklumat untuk dibincang dalam Kabinet.

“Tetapi saya percaya dalam minggu akan datang, laporan itu akan dibentangkan. Laporan daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil semasa sidang media mingguan pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Loke sebelum ini dilaporkan berkata, Malaysia komited untuk meneruskan pencarian pesawat MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan pada 8 Mac 2014.

Beliau berkata, pihaknya bersedia untuk bertemu firma penerokaan dasar laut, Ocean Infinity, bagi membincangkan cadangan pencarian itu atas kapasiti ‘no find, no fee’ (tidak jumpa, tiada bayaran) seperti yang dicadangkan oleh waris mangsa tragedi berkenaan.

Bagi tujuan itu, katanya, beliau akan mendapatkan kelulusan Kabinet berhubung perjanjian dengan Ocean Infinity, dan menjangka tiada masalah untuk Kabinet memberikan kelulusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang medianya sempena lawatan rasmi ke Australia, memaklumkan Malaysia bersedia membuka semula siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 hampir sedekad lalu sekiranya ada bukti baharu dan kukuh.

Anwar bersama Perdana Menteri Australia Anthony Albanese komited untuk membantu pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dari 14 buah negara itu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *