PM Anwar Akhiri Lawatan Ke Indonesia Bincang Geopolitik Dengan Prabowo

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakhiri lawatan khas ke Jakarta selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, di Istana Merdeka, Jakarta Pusat pada 27 Mac 2026. Foto PMO

JAKARTA, 27 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakhiri lawatan khas ke Jakarta hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, di Istana Merdeka, Jakarta Pusat.

Pertemuan yang bermula pada jam 4.30 petang waktu tempatan itu berlangsung dalam suasana perkembangan geopolitik yang semakin meruncing di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakhiri lawatan khas ke Jakarta selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, di Istana Merdeka, Jakarta Pusat pada 27 Mac 2026. Foto PMO

Seusai perbincangan, Prabowo mengiringi Anwar secara peribadi ke Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma (HLP) sebagai tanda hubungan erat dan muhibah antara kedua-dua pemimpin.

Anwar berlepas pulang ke tanah air kira-kira jam 7.15 malam waktu tempatan (8.15 malam waktu Malaysia), melengkapkan lawatan khas yang diundang oleh Prabowo.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakhiri lawatan khas ke Jakarta selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, di Istana Merdeka, Jakarta Pusat pada 27 Mac 2026. Foto PMO

Lawatan itu diadakan atas jemputan Prabowo susulan perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin pada 23 Mac lalu, selain menjadi kunjungan pertama Anwar ke Jakarta tahun ini.

Ia turut menyusul lima siri pertemuan peringkat tinggi antara kedua-dua pemimpin tahun lalu, termasuk Konsultasi Tahunan Malaysia-Indonesia ke-13 yang berlangsung pada 28 Julai di Jakarta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakhiri lawatan khas ke Jakarta selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, di Istana Merdeka, Jakarta Pusat pada 27 Mac 2026. Foto PMO

Sebagai hasil utama pertemuan itu, Anwar dalam satu kenyataan memaklumkan Malaysia dan Indonesia bersetuju mempergiat usaha diplomatik bagi meredakan konflik di Asia Barat, melindungi nyawa orang awam serta membuka ruang rundingan ke arah penyelesaian aman dan berkekalan.

Dalam suasana ketidaktentuan global yang semakin meningkat, kedua-dua negara turut menegaskan kepentingan memperkukuh kesepaduan serantau berteraskan prinsip bagi mengekalkan keamanan, menjamin kestabilan serta meningkatkan daya tahan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Prabowo Subianto di Istana Merdeka, Jakarta bagi membincangkan isu geopolitik susulan konflik di Asia Barat pada 27 Mac 2026. Foto PMO

Dalam pertemuan hampir dua jam itu, kedua-dua pemimpin turut menekankan kepentingan memastikan kelangsungan rantaian bekalan global serta laluan perdagangan strategik, termasuk Selat Hormuz, tidak terjejas.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *