PM Albanese Berlepas Pulang Ke Australia, Perkukuh Bekalan Tenaga

Pesawat khas yang membawa Albanese bersama delegasi termasuk Menteri Luar, Penny Wong berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini tepat pada pukul 8.30 malam 16 April 2026.

SUBANG, 16 Apr – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berlepas pulang malam ini selepas menyempurnakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia.

Pesawat khas Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) yang membawa Albanese bersama delegasi termasuk Menteri Luar, Penny Wong berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini tepat pada pukul 8.30 malam, diiringi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Beliau menerima sambutan rasmi negara di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya yang disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengadakan pertemuan dua hala bagi membincangkan persefahaman menyokong kelestarian tenaga kedua-dua negara.

Pesawat khas yang membawa Albanese bersama delegasi termasuk Menteri Luar, Penny Wong berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini tepat pada pukul 8.30 malam 16 April 2026.

Sebelum berlepas, Albanese turut memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD), di bawah pimpinan Kapten Muhammad Nafis Norshid.

Albanese juga sempat mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi PETRONAS di Menara KLCC sebelum bertemu dengan diaspora Australia di Malaysia.

Terdahulu pada 14 April, Albanese melawat Brunei Darussalam dan memperolehi perjanjian pembekalan 50 juta liter diesel dan 50 juta liter lagi dari Korea Selatan, menurut hantaran di X.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mengetuai delegasi negara masing-masing mengadakan pertemuan dua hala di Perdana Putra, Putrajaya pada 16 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Minggu lalu, Albanese mengadakan lawatan ke Singapura bagi tujuan serupa dengan Perdana Menteri, Lawrence Wong.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *