Iltizam Kerajaan MADANI Semarak Agenda Perkasa Usahawan Bumiputera – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Sesi Meja Bulat Bersama Usahawan Bumiputera di Putrajaya pada 16 April 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 16 Apr – Kerajaan MADANI kekal beriltizam, mendukung dan menyemarak agenda memperkasakan usahawan bumiputera sebagai wahana yang berdaya hasil dan berteraskan pencapaian yang membanggakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, melalui pengukuhan Bumiputera Commercial and Industrial Community (BCIC), kerajaan menetapkan sasaran yang lebih berani – meningkatkan pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sehingga RM2 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Sesi Meja Bulat Bersama Usahawan Bumiputera di Putrajaya pada 16 April 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Selain itu, katanya menjayakan sekurang-kurangnya 10 penyenaraian awam baharu dan membimbing melahirkan Jaguh Bumiputera yang berupaya mencapai nilai syarikat mencecah RM500 juta dalam tempoh lima tahun.

“Ini bukan sekadar angka tetapi lambang tekad untuk mengangkat martabat ekonomi bumiputera kepada tahap yang lebih mapan dan berdaya saing,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Sesi Meja Bulat Bersama Usahawan Bumiputera di Putrajaya pada 16 April 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Justeru, beliau berkata pendekatan strategik yang digerakkan harus bersifat menyeluruh daripada memperkukuh perusahaan dan syarikat sedia ada yang berdaya tahan hinggalah membuka ruang kepada penyertaan dalam sektor pertumbuhan baharu seperti kecerdasan buatan dan teknologi tinggi.

“Kejayaan jenama seperti SERAI dan GlocAI memperlihatkan bahawa apabila ekosistem yang tepat disediakan, usahawan bumiputera mampu berdiri setara, malah unggul dalam landskap ekonomi moden,” kata beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Sesi Meja Bulat Bersama Usahawan Bumiputera di Putrajaya pada 16 April 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Pada masa yang sama, Datuk Seri Anwar berkata akses kepada pembiayaan, perolehan kerajaan dan peluang komersial terus diperluas sebagaimana yang dinikmati oleh syarikat seperti Bateriku, Hanan Medicare, Bluesify, Pak Tam dan Meraque yang menjadi bukti bahawa tata laksana yang inklusif mampu melahirkan legasi keusahawanan yang mampan.

Beliau berkata kerajaan mendengar, menilai dan akan terus memperhalusi pendekatan sedia ada supaya setiap dasar yang digerakkan benar-benar mencerminkan realiti di lapangan.

“Walhasil, dengan iltizam kolektif serta kepemimpinan yang berprinsip, kita yakin bahawa agenda keusahawanan bumiputera akan terus berkembang, bukan sahaja sebagai tonggak ekonomi negara, malah sebagai manifestasi keadilan sosial yang menjadi teras kepada gagasan yang MADANI,” kata beliau.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *