Lapan Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat

Pasukan penyelamat menemui bangkai helikopter yang terhempas di Sekadau, Kalimantan Barat pada 16 April 2026.

JAKARTA, 16 Apr – Pasukan penyelamat pada Khamis mengesahkan lapan individu yang berada dalam sebuah helikopter yang dilaporkan hilang, maut selepas serpihan pesawat itu ditemukan di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia awal hari berkenaan, lapor Xinhua.

Pegawai penyelamat Leftenan Kolonel Nurrachman Gindha Dradhizya berkata sebahagian mangsa telah ditemukan di lokasi nahas di Sekadau.

“Empat mayat berjaya dipindahkan dan dimasukkan ke dalam beg mayat, manakala tiga lagi masih berada dalam bangkai helikopter,” katanya pada Khamis malam.

Keadaan helikopter yang terhempas di Sekadau, Kalimantan Barat yang ditemui pasukan penyelamat pada 16 April 2026.

Menurut manifes penerbangan, helikopter itu membawa lapan orang.

Mayat mangsa terakhir masih dalam usaha dikesan setakat ini.

Bagaimanapun, operasi pemindahan tidak dapat diteruskan berikutan keadaan gelap.

Pasukan itu memutuskan untuk menghentikan operasi sementara dan akan menyambung semula pada pagi Jumaat.

“Kami akan menyambung semula esok pagi, termasuk usaha memotong bangkai helikopter untuk mengeluarkan mayat yang masih berada di dalamnya,” tambah Dradhizya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *