PLKN 3.0: Keutamaan Diberi Kepada Pelajar Pernah Sertai Kadet Sekolah – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan di Putrajaya pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0) tahun hadapan yang bakal diselaraskan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan, akan memberi keutamaan kepada pelajar pernah menyertai aktiviti kadet sekolah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di laman Facebook berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan yang dipengerusikannya, hari ini.

“Antara yang dibentangkan dalam mesyuarat ini ialah status pelaksanaan program PLKN 3.0 yang akan bermula tahun 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan di Putrajaya pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dengan saya menekankan peri penting pelaksanaan program ini dilaksana dengan teliti serta menambah baik pendekatan bersesuaian dengan peredaran keadaan semasa,” katanya.

Antara yang hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Anwar berkata menerusi mesyuarat itu, beliau turut dimaklumkan mengenai kemajuan pelaksanaan program membina kefahaman dan penghayatan erti kenegaraan yang sangat penting kepada setiap rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan di Putrajaya pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata perkara ini penting, agar program itu mampu melahirkan generasi anak muda Malaysia yang mempunyai daya tahan tinggi, cekal menopang rintangan kehidupan serta mampu menyumbang kepada negara selaku warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.

“Terkait peranan setiap rakyat dalam membina negara bangsa, adalah mustahak usaha menyeluruh digembleng dalam memperkukuh jati diri, kekuatan iltizam bersama memajukan negara dan kesediaan untuk mempertahankan tanah air tercinta,” katanya.

Sebelum ini Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata Kementerian Pertahanan akan melaksanakan Latihan Percubaan PLKN 3.0, membabitkan 200 pelatih lelaki secara sukarela yang berlangsung selama 14 hari bermula 12 Januari ini.

Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun, dengan permohonan dilakukan menerusi laman sesawang Kementerian Pertahanan, www.mod.gov.my sehingga 23 November lalu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *