Identiti Warganegara Corakkan Sebuah Negara Bangsa

Senator Amir Ghazali menekankan keadilan dalam melaksanakan proses penganugerahan kewarganegaraan bagi memastikan kepentingan negara tetap menjadi keutamaan.

PENDAPAT, 11 Dis – Kewarganegaraan merupakan simbol utama dalam pembentukan sesebuah negara agar identiti warganegara akan mencorakkan identiti nasional.

Ia juga pernah menjadi sejarah kemerdekaan negara akan hak kewarganegaraan telah dibahas panjang sebelum memutuskan bentuk, cara dan syarat kewarganegaraan sebagai sebuah negara bangsa berdaulat.

Langkah kerajaan terutamanya menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meminda RUU Perlembagaan 2024 bagi tujuan memudahkan proses mendapatkan status kewarganegaraan untuk kes-kes tertentu seperti anak yang lahir daripada pasangan ibu bapa luar negara adalah dianggap tepat pada masanya.

Senator Amir Ghazali ketika membahaskan mengenai Pindaan RUU 2024 padapersidangan Dewan Negara berkata pindaan ini amat penting susulan daripada timbulnya pelbagai isu membabitkan permohonan lepas yang mahu mendaftar bagi mendapatkan hak anak mereka sebagai warganegara yang sah.

Pandangan ini disuarakan sendiri oleh YB Senator Amir Ghazali ketika membahaskan mengenai Pindaan RUU 2024 di dalam persidangan Dewan Negara baru-baru ini. Menurutnya pindaan ini amat penting susulan daripada timbulnya pelbagai isu membabitkan permohonan lepas yang mahu mendaftar bagi mendapatkan hak anak mereka sebagai warganegara yang sah.

Namun tetapi, memandangkan peruntukkan yang sedia ada sama sekali tidak membenarkan sewenang-wenangkan hak kewarnegaraan tersebut diberikan secara automatik kepada setiap pemohon anak yang lahir di luar negara atau tanpa perlu melalui proses dokumentasi atau mengikut prosedur yang ditetapkan.

Demikianlah di antara sebahagian yang menjadi topik perbahasan utama oleh Senator Amir sewaktu membahaskan mengenai Pindaan RUU Perlembagaan 2024 (Pindaan Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan iaitu asalnya “bapa kepada ibu atau bapa memecahkan ketidaksamarataan gender).

Umumnya dalam hendak memberikan kefahaman mengenai isu pindaan tersebut adalah kerana suatu masa lalu perkara ini pernah juga dibangkitkan oleh YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ketika itu beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Antara lain adalah beliau berusaha untuk mendapatkan hak taraf kewarganegaraan secara automatik serta hak kesamarataan demi masa depan kanak-kanak.

Menarik perhatian semasa perbahasan itu di mana Amir memetik satu nama seorang tokoh emansipasi yang dikenali panggilan Raden Adjang Kartini daripada sebuah buku berjudul “Habis Gelap Terbirlah Terang” yang pada kefahaman penulis hendak mengimbau kembali saat Dato’ Seri Dr Wan Azizah masih secara meluas akan dilihat seorang tokoh yang lembut dan bersifat keibuan yang tinggi.

Melanjutkan lagi, Amir Ghazali berkata isunya di sini adalah untuk mendapatkan semula hak taraf kewarganegaraan secara automatik bagi anak ibu bapa warganegara di luar negara. Namun terdapat kekangan yang bukan sahaja boleh menimbulkan permasalahan akan tetapi dipercayai akan terpalit sama bagi kes-kes yang hampir serupa keadaanya untuk mendapatkan hak yang sama.

Contohnya ialah seperti kedudukan anak lahir di luar negara, anak tidak sah taraf, anak angkat, atau anak dilahirkan luar negara daripada perkahwinan antarabangsa dan kanak-kanak terbiar tanpa identiti (stateless).

Turut disentuh semasa membahaskan Pindaan RUU Perlembagaan 2024 adalah mengenai status permaustautin penduduk bertaraf tetap wanita atau lelaki warga asing yang tinggal di dalam negara ini berkahwin dengan pasangan warganegara Malaysia.

Sementara itu beberapa perkara lain yang berkaitan Pindaan RUU 2024 ini juga ditimbulkan di Dewan Negara yang antara lain ditanyakan tentang Perkara 15(1) pada pindaan subseksyen C berkaitan kaedah penarafan yang sesuai untuk mempastikan kedudukan bahasa Melayu terus diperkasakan.

ia termasuk syarat kedudukan warga asing sama ada lelaki atau wanita selain wajib berstatud penduduk bermaustautin tetap di bawah Perkara 15(1) atau terdapat syarat khas lain yang boleh dipertimbangkan untuk memohon menjadi warganegara Malaysia

Di akhir perbahasan beliau itu berharap dengan keputusan meminda RUU Perlembagaan 2024 yang sedang diusahakan oleh pihak kementerian berkenaan sekarang ini setidak-tidaknya akan dapat merungkai isu serta permasalahan yang sekian lama pernah menjadi pertikaian banyak pihak malah terdapat pemohon yang terlalu lama menunggu sehingga puluhan tahun permohonan tersebut untuk diproses.

Pindaan Akta itu juga dengan sendirinya akan mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI dalam usaha mempertahankan hak selaras dengan apa yang dibenarkan oleh undang-undang dan pada masa sama dapat melindungi keluhuran sebuah perlembagaan.

  • Oleh Muzakkir Haron


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *