PL: Siapa Bos Baharu United Lepas Amorim Dipecat?

Beberapa nama sudah berada dalam pengurusan United setelah mereka membuat keputusan memecat Ruben Amorim yang dilanda krisis di Old Trafford. Foto Football 365
MANCHESTER, 11 Sep – ‘Drama’ berterusan melanda Liga Perdana Inggeris (PL) apabila pasukan pengurusan Manchester United (MUN) dikatakan sudah bersiap sedia dan memiliki beberapa nama untuk dilantik sebagai pengurus baharu pasukan itu sekiranya mereka membuat keputusan memecat pengendali Ruben Amorim.
Amorim dilapor menjadi ‘calon’ baharu pengurus yang mungkin akan dipecat selepas Nuno Espirito Santo disingkirkan Nottingham Forest (NFO) kelmarin apabila prestasi United dikatakan masih belum mencapai tahap terbaik.
Selepas dilantik menggantikan Erik ten Hag yang juga dipecat pada November tahun lalu, Amorim yang dianggap memiliki pengalaman cetek berdepan kesukaran untuk memastikan taktikal kegemarannya 3-4-3 benar-benar berkesan buat United.

Musim lalu mereka sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-15 liga, tewas pada aksi final Liga Europa dan gagal beraksi dalam kesemua aksi di pentas Eropah musim ini serta sudah tersingkir daripada saingan PL.
United telah mengeluarkan belanja yang cukup besar pada jendela perpindahan lalu untuk membantu meningkatkan prestasi pasukan, namun mereka dilihat terus bergelut menyebabkan langkah memecat Amorim mungkin menjadi pertimbangan seterusnya.
Situasi itu menyebabkan pihak pengurusan United dikatakan menamakan pengendali dari Sepanyol yang kini sedang mengemudi Aston Villa (AVL), Unai Emery sebagai calon baharu yang sesuai jika Amorim tidak mampu untuk dikekalkan.
Emery dikatakan berdepan kekecewaan di Villa Park ketika ini apabila gagal mendapat sokongan yang baik pada pasaran perpindahan menyebabkan United sedia memanfaatkan situasi berkenaan.
Namun ia terletak kepada sejauh mana prestasi Villa yang berdepan tugas sukar bertandang ke Everton (EVE) dalam keadaan mereka kedua tercorot dalam saingan liga.
Perlawanan liga minggu ini:
SABTU
Arsenal lawan Nottingham Forest
Bournemouth lawan Brighton
Newcastle lawan Wolves
Everton lawan Aston Villa
Crystal Palace lawan Sunderland
Fulham lawan Leeds United
West Ham lawan Tottenham
AHAD
Brentford lawan Chelsea
Burnley lawan Liverpool
Manchester City lawan Manchester United
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
