PL: Ngumoha Pemusnah Newcastle

Pemain remaja sensasi Liverpool, Rio Ngumoha meraikan jaringan bersama Szoboszlai ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United di St James’ Park pada 25 Ogos 2025. Foto Liverpool FC

NEWCASTLE, 26 Ogos – Pemain remaja sensasi Liverpool, Rio Ngumoha, mengharungi penampilan sulung epik pada usia 16 tahun 361 hari apabila meledak gol kemenangan lewat permainan ke atas Newcastle United awal pagi tadi.

Liverpool menewaskan Newcastle 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St. James’ Park.

Ngumoha dimasukkan ketika masa kecederaan babak kedua dan tidak berapa lama kemudian merobek kegembiraan penyokong Newcastle dengan jaringan lencongnya.

Pemain remaja sensasi Liverpool, Rio Ngumoha meraikan jaringan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United di St James’ Park pada 25 Ogos 2025. Foto Reuters

Pasukan bimbingan Arne Slot mendahului permainan pada minit ke-35 menerusi penyudah rendah Ryan Gravenberch, sebelum Hugo Ekitike menambah jaringan sejurus babak kedua bermula.

Ketika itu, tuan rumah berdepan tekanan selepas Anthony Gordon dibuang padang pada masa tambahan babak pertama akibat terjahan keras ke atas Virgil van Dijk.

Walaupun beraksi dengan 10 pemain, Newcastle bangkit dengan semangat luar biasa.

Hugo Ekitike mengucapkan terima kasih setelah menjaringkan gol kedua Liverpool ketika menewaskan Newcastle pada 25 Ogos 2025. Foto Liverpool FC

Bruno Guimaraes menanduk masuk gol pertama pada minit ke-57 sebelum William Osula menyamakan kedudukan pada minit ke-88.

Ketika St James’ Park begitu hampir untuk meraikan kejayaan mengikat juara bertahan itu, Ngumoha muncul wira dengan gol minit ke-100 untuk memastikan Liverpool mengekalkan rekod sempurna selepas dua perlawanan liga.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *