Lucut Warganegara, Parlimen Kemboja Kena Kecam

Parlimen Kemboja di Phnom Penh meluluskan rang undang-undang yang membolehkan individu yang 'bersekongkol' dengan negara asing dilucutkan kewarganegaraan mereka.
BANGKOK, 26 Ogos – Parlimen Kemboja meluluskan rang undang-undang kontroversi yang membolehkan rakyatnya dilucutkan kewarganegaraan atas alasan ‘bekerjasama dengan negara asing’, mencetuskan bantahan daripada puluhan kumpulan hak asasi manusia, lapor agensi berita Jerman dpa.
Kesemua 120 anggota Perhimpunan Kebangsaan, dewan rendah negara itu yang hadir di badan perundangan Phnom Penh mengundi menyokong rang undang-undang itu, termasuk Perdana Menteri Hun Manet, menurut laporan media tempatan.
Walaupun rang undang-undang itu masih perlu diluluskan Senat dan Presiden, langkah berkenaan dianggap hanya sebagai formaliti.
Menurut akhbar Phnom Penh Post, Perhimpunan Kebangsaan dalam kenyataan berkata undang-undang itu bertujuan untuk menyucikan semangat patriotik rakyat Kemboja terhadap tanah air dan bangsa mereka.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

