PL: Isu Isak Panaskan Pertembungan Newcastle-Liverpool

Ketiadaan Alexander Isak jelas merencatkan jentera serangan Newcastle apabila melayan kunjungan Liverpool di St. James’ Park awal pagi 26 Ogos 2025.

NEWCASTLE, 25 Ogos – Pertembungan terakhir minggu ini antara Newcastle United dan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (PL) Liverpool awal pagi esok pastinya panas dengan isu perpindahan penyerang Alexander Isak ynag terus membelenggu kedua-dua pasukan.

Terdesak menambah mata, The Magpies bersedia menggempur pertahanan The Reds yang dilihat sedikit goyah ketika menang 4-2 ke atas Bournemouth pada aksi permulaan musim di Anfield minggu lalu.

Biarpun The Reds sedar mereka akan menuju ke St James’s Park dengan emosi penyokong tempatan, Arne Slot bersedia untuk merasai kemarahan penuh penduduk tempatan yang berang dengan keazaman Isak berpindah.

Masih belum jelas sama ada Liverpool akan kembali dengan tawaran baharu sebelum jendela perpindahan ditutup tetapi tanpa mengira bagaimana kesudahannya, Slot yakin dia akan mempunyai pilihan penyerang yang mencukupi untuk membolehkan pasukannya berjaya.

Namun yang lebih membimbangkan ialah kecederaan kepada Hugo Etikite, Mo Salah atau Cody Gakpo pasti akan memudaratkan gara-gara kemarahan ke atas Isak – itu pun tanpa menyebut fakta Salah boleh terlepas tujuh perlawanan apabila dia pergi ke Piala Negara-Negara Afrika (ANC).

Atas kertas, kedua-dua pasukan mampu mencipta kemenangan bagi terus menekan Arsenal di persada liga dan setelah Manchester City tewas mengejut 0-2 di tangan Tottenham Sabtu lalu.

Dengan Isak sah tidak tersenarai dalam skuad ketika seri 3-3 musim lalu, Liverpool tetap berwaspada andai penyerang lain cuba menggantikan penyerang Sweden itu.

Bagaimanapun The Magpies berdepan laluan sukar setelah kali terakhir menewaskan The Reds 10 tahun lalu di bawah kendalian Steve McClaren.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *