PL: Gol Mac Allister Kecewakan Forest Di Saat Akhir

Alexis MacAlister muncul wira Liverpool ketika menang tipis 1-0 ke atas Nottingham Forest di Stadium City Ground, Nottingham pada 22 Februari 2026.

NOTTINGHAM, 22 Feb – Alexis Mac Allister menjadi wira Liverpool setelah meledak gol pada masa kecederaan untuk menghadiahkan The Reds kemenangan tipis 1-0 ke atas Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris (PL), sebentar tadi.

Jaringan pada minit ke-97 itu hadir ketika perlawanan tampak berakhir tanpa gol sekali gus menghidupkan peluang The Reds memburu slot Liga Juara-Juara musim depan.

Liverpool terpaksa beraksi tanpa pemain baharu mereka, Florian Wirtz, yang mengalami kecederaan ketika sesi pemanas badan.

Ryan Gravenbech menghalang pemain Nottingham Forest ketika menang tipis 1-0 di Stadium City Ground, Nottingham pada 22 Februari 2026.

Aksi pasukan pelawat secara keseluruhan dilihat hambar dan tumpul di bahagian serangan, manakala Forest yang turun buat kali pertama di bawah kendalian pengurus baharu, Vitor Pereira, turut gagal mencipta peluang dalam perlawanan yang suram sepanjang 90 minit.

Mac Allister sebenarnya terlebih dahulu menyangka dirinya menjaringkan gol pada masa tambahan babak kedua, namun jaringan itu dibatalkan selepas semakan VAR mendapati bola terkena lengannya sebelum gol terhasil.

Bagaimanapun, pemain tengah Argentina itu tidak mensia-siakan peluang kedua apabila pantas menyambar bola muntah untuk meledak gol kemenangan dramatik buat Liverpool.

Penyerang Liverpool Mohamed Salah merebut bola daripada pertahanan Nottingham Forest ketika menang tipis 1-0 di Stadium City Ground, Nottingham pada 22 Februari 2026.

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool kini menghuni tangga keenam liga dengan 45 mata, berkongsi jumlah sama dengan Chelsea dan Manchester United di kedudukan keempat dan kelima.

Forest pula di tangga ke-17 dengan 27 mata, hanya dua mata di atas zon penyingkiran.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *