Lelaki Ceroboh Resort Trump Ditembak Mati Perkhidmatan Rahsia AS

Lelaki itu dilaporkan membawa senjata kelihatan seperti sepucuk senapang patah dan sebuah tong bahan api ke resort Trump di Mar-a-Lago pada 22 Februari 2026.

FLORIDA, 22 Feb – Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) pada Ahad memaklumkan ejennya telah menembak mati seorang lelaki berusia 20-an selepas dia cuba menceroboh kawasan perimeter keselamatan di resort Mar-a-Lago milik Presiden Donald Trump di West Palm Beach, Florida, lapor Reuters.

Trump kini berada di Washington dan maklumat lanjut berhubung insiden berkenaan akan diberikan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Lelaki itu dilaporkan membawa senjata kelihatan seperti sepucuk senapang patah dan sebuah tong bahan api, menurut agensi berkenaan.

Lelaki itu dilaporkan membawa senjata kelihatan seperti sepucuk senapang patah dan sebuah tong bahan api ke resort Trump di Mar-a-Lago pada 22 Februari 2026.

Suspek dilihat di pintu masuk utara resort itu sekitar jam 1.30 pagi EST (0630 GMT).

Bagaiamanapaun niat suspek di resort itu masih tidak jelas. Rumah Putih tidak segera memberikan maklum balas.

AS kini berdepan peningkatan keganasan politik.

Pada 2024, Trump berdepan dua percubaan pembunuhan termasuk satu kejadian di padang golf miliknya di West Palm Beach.

Mahkamah Agung AS membatalkan sebahagian besar daripada langkah tarif yang diperkenalkan Trump pada 1 Ogos 2025.

Melissa Hortman, seorang ahli perundangan negeri daripada Parti Demokrat di Minnesota ditembak mati pada Jun 2025 bersama suaminya.

Beberapa bulan kemudian, aktivis konservatif Charlie Kirk turut dibunuh.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *