PL: Gol Kemenangan Gabriel ‘Tekan’ Liverpool

Pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes menjaringkan gol kedua pasukannya ketika menentang Newcastle United di St James' Park, Newcastle pada 28 September 2025. Foto Arsenal
NEWCASTLE, 28 Sep – Aksi Liga Perdana Inggeris (PL) ‘blockbuster’ minggu ini menyaksikan Arsenal kembali menekan kedudukan pendahulu, Liverpool yang tewas mengejut 1-2 di tangan Crystal Palace di Selhurst Park, semalam.
Kejayaan Gabriel menanduk masuk gol pada masa tambahan memastikan The Gunners menang 2-1 dalam aksi liga minggu keenam mengatasi Newcastle United di St James’ Park sebentar tadi.
Kemenangan berkenaan mengurangkan jurang dengan Liverpool kepada hanya dua mata menerusi persembahan hebat lewat permainan.

Arsenal mendaki ke tangga kedua liga dengan 13 mata daripada enam perlawanan manakala Newcastle di tangga ke-15 dengan enam mata dan jumlah perlawanan sama.
Newcastle mendahului pada minit ke-34 apabila Nick Woltemade menanduk masuk hantaran lintang ke gawang lawan.
Pelawat kecewa apabila mereka melepaskan beberapa peluang tetapi meledak dua kali apabila Mikel Merino menanduk masuk pada minit ke-84 sebelum Gabriel menemui gol kemenangan pada minit ke-96.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
