Pintu Masuk Padang Besar, Wang Kelian Akan Diambil Alih AKPS – Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menjawab soalan di Dewan Negara pada 24 Februari 2026. Foto Instagram Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Bermula lagi perjalanan ‘menggentarkan’ tetapi sebenarnya amat penting dan mustahak demi menjaga benteng sempadan negara dari dibolosi penjenayah dan penyeludup yang sentiasa mencari jalan ‘meloloskan’ diri dan ‘produk’ mereka.

Langkah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang akan mengambil alih pengoperasian di dua lagi pintu masuk utama di utara tanah air iaitu Padang Besar dan Wang Kelian di Perlis menjelang suku kedua tahun ini, disifatkan amat mustahak bagi memperkemas operasi di kedua-dua pintu masuk utama di utara Semenanjung Malaysia.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pengambilalihan itu sebahagian daripada fasa kedua peluasan operasi AKPS yang mengoperasikan 22 lokasi pintu masuk sejak 1 Januari 2025, dengan pintu masuk pertamanya ialah Rantau Panjang di Kelantan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menjawab soalan di Dewan Negara pada 24 Februari 2026. Foto Instagram Saifuddin Nasution Ismail

“Setakat ini, AKPS menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan nilai rampasan melebihi RM80 juta dalam tempoh setahun operasi (perintis),” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Baharuddin Ahmad mengenai status terkini tahap kekuatan AKPS di sempadan Perlis–Thailand khususnya, bagi memerangi jenayah rentas sempadan dan penyeludupan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menjawab soalan di Dewan Negara pada 24 Februari 2026. Foto Instagram Saifuddin Nasution Ismail

Mengulas keperluan sumber manusia, Saifuddin Nasution berkata kerajaan meluluskan pengambilan 200 bekas tentera untuk mengisi perjawatan baharu di AKPS sebagai langkah permulaan dalam masa terdekat.

Beliau berkata pemilihan bekas tentera, terutamanya mereka yang bersara pada usia 38 tahun ialah satu strategi “menang-menang” kerana mereka sudah mempunyai disiplin dan kemahiran sedia ada, sekali gus menjimatkan kos latihan.

“Mereka akan bermula dengan gaji RM2,900, di samping pencen yang sedia ada. Kita mahu memanfaatkan kemahiran dan produktiviti mereka untuk keselamatan negara,” katanya sambil menjangkakan bekas pesara polis turut akan dimanfaatkan untuk pengambilan perjawatan baharu pada masa akan datang.

Selain itu, beliau berkata AKPS turut bersedia untuk mengawal selia laluan Sistem Transit Pantas (RTS) di antara Bukit Chagar, Johor Bahru dengan Woodlands, Singapura yang dijangka beroperasi pada Oktober ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *