Piala Dunia 2026: RTM, Unifi TV Penyiar Rasmi Untuk Rakyat Malaysia – Fahmi

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil ketika mengadakan sidang media mingguan pasca mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya pada 6 Mei 2026.

PUTRAJAYA, 6 Mei – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi kejohanan FIFA World Cup 2026 di Malaysia bagi memastikan seluruh rakyat dapat menikmati temasya sukan bola sepak terbesar dunia itu secara inklusif, sah dan menyeluruh.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat hasil kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta untuk memastikan penyiaran berkualiti tinggi serta capaian lebih meluas kepada rakyat.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, kejohanan itu akan disiarkan menerusi pelbagai platform termasuk siaran percuma Free-to-Air melalui MyTV selain platform over-the-top (OTT) menerusi aplikasi RTM Klik dan Unifi TV yang dipancarkan dari tiga buah negara tuan rumah iaitu Mexico, Kanada dan Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil ketika mengadakan sidang media mingguan pasca mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya pada 6 Mei 2026.

“Liputan menyeluruh merangkumi kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung di Unifi TV. Manakala RTM akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda.

“Ini memberikan kepelbagaian pilihan tuntunan kepada peminat. Program Grandstand akan diterbitkan dari Angkasapuri Kota Media dengan penyampaian utama dalam Bahasa Melayu serta sebahagian dalam Bahasa Inggeris.

”Perkembangan terkini juga akan dikongsikan melalui program Selamat Pagi Malaysia (SPM),” katanya.

Piala Dunia FIFA 2026 akan berlangsung mulai 11 Jun hingga 19 Julai dengan upacara pembukaan akan disiarkan secara langsung dari Stadium Azetca, Mexico City jam 8 malam waktu tempatan.

Piala Dunia FIFA 2026 akan berlangsung mulai 11 Jun hingga 19 Julai dengan upacara pembukaan akan disiarkan secara langsung dari Stadium Azetca, Mexico City jam 8 malam waktu tempatan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *