Hasil Rundingan, Kemelut Negeri Sembilan Berjaya Diurus Dengan Baik – Fahmi

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil ketika mengadakan sidang media mingguan pasca mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya pada 6 Mei 2026.

PUTRAJAYA, 6 Mei – Kemelut politik melanda Negeri Sembilan sejak dua minggu lalu, berjaya diurus dengan baik susulan perbincangan secara mendalam antara pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan Umno yang diadakan di sini, semalam.

Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, hasil pertemuan tersebut yang diadakan bersama Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu turut menyaksikan kerjasama antara gabungan parti itu kekal dalam memastikan kestabilan pentadbiran negeri.

Justeru, Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan juga akan terus ditadbir seperti biasa di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang menyandang jawatan berkenaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos 2023.

Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan secara bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 5 Mei 2026. Foto Facebook Pakatan Harapan

“Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan kekal stabil dan pentadbiran berjalan seperti biasa di bawah Aminuddin (Harun).

“Sebarang isu berbangkit akan dirujuk kepada pimpinan utama antara parti-parti komponen bagi memastikan penyelesaian dapat dicapai secara bersama,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Petang semalam, Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama politik di Negeri Sembilan bagi menjamin kestabilan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat di negeri berkenaan.

Kenyataan media bersama Pakatan Harapan (PH) dan Umno selepas mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada 5 Mei 2026.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh Anwar dan Ahmad Zahid yang turut disertai pimpinan tertinggi kedua-dua gabungan itu termasuk Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *