Petrol, Diesel: Kenapa Sabah Dan Sarawak Lebih Murah?

Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi subsidi petrol dan diesel di Sabah dan Sarawak sudah pasti mempunyai fakta jelas terutama dari segi sumbangan dan penggunaan bahan api dalam menghadapi ketidak tentuan global. Foto PMO
KUALA LUMPUR, 24 Mac – Berikutan isu kononnya rakyat Sabah dan Sarawak menikmati subsidi petrol dan diesel lebih banyak dari Semenanjung, ini penjelasan mudah daripada seorang pempengaruh di media sosial.
Penjelasan beliau merungkai persoalan dan fitnah terutamanya daripada penyokong pembangkang berikutan kenaikan harga petrol dan diesel global tetapi masih diberi subsidi oleh kerajaan melalui inisiatif BUDI95 dan Skim Penyasaran Subsidi Diesel (SKDS).
Ramai walaun tersakiti melalak bertanya kenapa harga petrol dan diesel di Sabah & Sarawak lebih murah berbanding Semenanjung.

Sebenarnya, soalan ini sepatutnya dijawab oleh ‘pakar-pakar ekonomi’ yang kononnya ramai di dalam PAS, tapi entah kenapa tiada seekor pun sanggup tampil memberi penjelasan.
Jadi terpaksalah abang buat kerja fardhu kifayah ni, iaitu mensekolahkan walaun yang tidak mahu diajar oleh ‘pakar-pakar’ ekonomi dalam PAS.
Ok, kenapa petrol & diesel murah di Sabah?
Ada banyak faktor, salah satunya ialah:
1. Kerana PMX bersikap adil, iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Adil celah mana? baca point seterusnya.
2. Penggunaan petrol dan diesel di Sabah dan Sarawak jauh lebih rendah berbanding Semenanjung.
Berdasarkan data terkini, bandingan secara anggaran kasar petrol & diesel untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak:

SEMENANJUNG:
Petrol: 98,362,000 liter (63%)
Diesel: 57,066,000 liter (37%)
Jumlah; 155,428,000 liter
SABAH:
Petrol: 4,971,000 liter (33%)
Diesel: 9,884,000 liter (67%)
Jumlah 14,855,000 liter
SARAWAK:
Petrol: 4,954,000 liter (40%)
Diesel: 7,449,000 liter (60%)
Jumlah: 12,403,000 liter
3. Rakyat Sabah & Sarawak lebh banyak menggunakan kenderaan diesel berbanding kenderaan petrol.
Bentuk muka bumi Sabah dan Sarawak yang tidak mesra penggunaan kereta petrol berbanding diesel, apatah lagi perjalanan untuk perjalanan jauh yang melibatkan kawasan pedalaman dan sebagainya.
4. Harga barangan asas di Sabah & Sarawak sudah sedia mahal berbanding Semenanjung
Ambil contoh harga ayam, di Semenanjung, purata harga ayam adalah sekitar RM6.90 hingga RM11.90/sekilo
Manakala harga ayam di Sabah & Sarawak berada pada tahap RM12.50/sekilo
Kos pengangkutan & logistik ke Sabah & Sarawak menjadi faktor utama juga barangan-barangan lain menjadi lebih mahal kerana diangkut melalui laut dan udara.
Kos operasi di kawasan pedalaman juga menjadi faktor harga-harga barang di Sabah & Sarawak lebih tinggi berbanding Semenanjung.
5. Sabah & Sarawak lebih banyak menyumbang hasil minyak berbandng Semenanjung.
Berdasarkan persidangan Parlimen tahun 2025, pecahan sumbangan minyak adalah seperti berikut:
SEMENANJUNG: RM284.8 bilion
SABAH: RM205.0 bilion
SARAWAK: 285.4 bililon.
Ini bermakna, Sabah & Sarawak menyumbang lebih 65+% untuk negara kita, jauh lebih tinggi berbanding Semenanjung.
Atau untuk lebih tepat, most subsidi untuk rakyat Malaysia selama ini banyak ditanggung oleh Sabah dan Sarawak.
Kesimpulan
Kembali kepada point nombor 1, bahawa tindakan PMX untuk tidak menaikkan harga petrol dan diesel di sana, adalah satu tindakan yang adil mengikut Islam, iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Dan selayaknya untuk masa ini, kerana Sabah & Sarawak yang lebih banyak menyumbang kepada negara dalam hasil minyak.
Walaun patut berterima kasih kepada Sabah & Sarawak yang selama ini tanggung kehidupan walaun yang miskin dengan pelbagai bantuan dan subsidi.
Terima kasih Sabah & Sarawak.
PMX tak jahat.
Yang jahat tu PAS dan walaun.
Selamat Hari Raya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web



